awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Ahmad Azam angkat sumpah Ahli Dewan Negara

Bernama
Bernama
15/08/2022
04:50 MYT
Dr Ahmad Azam angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Dr Ahmad Azam yang berasal dari Kemaman, Terengganu, adalah Penolong Pemangku Presiden Syarikat Avian Farm (M) Sdn Bhd dan mula bergiat aktif dalam politik pada 1998 menerusi PKR. -Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim.
Beliau mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, dan ia merupakan lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 15 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2025.
Dr Ahmad Azam yang berasal dari Kemaman, Terengganu, adalah Penolong Pemangku Presiden Syarikat Avian Farm (M) Sdn Bhd dan mula bergiat aktif dalam politik pada 1998 menerusi PKR.
Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Perubatan Veterinar dari Universiti Pertanian Malaysia, beliau pernah menjadi Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan pada 2018.
Sementara itu, Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan semula Ahli Dewan Negara itu mengingatkannya agar menggalas tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi dan khidmat agar memberi impak yang menyeluruh kepada semua khususnya Dewan Negara.
"Bersama kita berharap semua Anggota Dewan Negara juga menjayakan program-program di bawah Rukun Negara dan di atas harapan itu, maka kita sektorkanlah pemerhatian dan tindakan hal-hal berhubung dengan sosial kemasyarakatan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau juga meminta semua senator agar meneliti Laporan Tahunan Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Tahun 2020 yang diletakkan di atas atas meja hari ini dalam usaha membanteras gejala rasuah sekali gus menjadikan Malaysia negara bebas rasuah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#Ahmad Azam Hamzah
#Rais Yatim
#DUN Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan