awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Idris calon MB Selangor?

Sinar Harian
Sinar Harian
09/06/2018
13:40 MYT
Dr Idris calon MB Selangor?
ADUN Ijok Dr Idris Ahmad. Foto Facebook
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan nama Dr Idris Ahmad diserahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk dipertimbangkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.
“Dia salah seorang yang telah dinamakan sebagai calon (menteri besar),” katanya selepas Majlis Semarak Kasih Nur Ramadan bersama Asnaf & OKU di Kediaman Rasmi Sri Satria, hari ini di Putrajaya.
Bagaimanapun Dr Wan Azizah enggan mengulas lanjut mengenai pencalonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu dan siapa lagi nama calon dicadangkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Jawatan menteri besar itu harus diisi selepas dikosongkan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azmin ialah menteri besar Selangor sejak Sept 2014.
Terdahulu antara nama yang dicadangkan untuk mengisi jawatan itu ialah, ADUN Sungai Tua Amirudin Shari dan Adun Seri Setia Dr Shaharuddin Badaruddin.
Topic Berkaitan
#ADUN
#calon
#Idris Ahmad
#Menteri Besar
#Mohamed Azmin Ali
#PKR
#Selangor
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan