Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia bagi sesi 2020-2021.
Pengarah Eksekutif World Trade Centre Kuala Lumpur itu merupakan antara 12 lantikan baharu MPPN yang terdiri daripada 10 ahli tetap dan dua ahli bersama, menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan.
Selain Dr Irmohizam sebagai ahli tetap, turut dilantik ialah Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Dr Jeffrey Cheah, Prof Fatima Mohamed Arshad dan Francis Lau Tuang Nguang.
Lima lagi individu yang dilantik ke jawatan tersebut ialah Prof Dr Mad Nasir Shamsudin, Dr Rais Hussin Mohamed Ariff, Prof Dr Suhaimi Napis, Prof Dr Sivamurugan Pandian serta Prof Dr M Niaz Asadullah.
Manakala Dr Yasmin B H Ooi dan Raghu Loganathan Pillai merupakan dua individu yang dilantik sebagai ahli bersama.
Kesemua yang dilantik akan menerima surat pelantikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee semasa mesyuarat pra-majlis MPPN di Wisma Tani, Putrajaya.
Mereka yang dilantik bertindak sebagai badan penasihat tertinggi kepada Ronald Kiandee dalam mengenal pasti isu berkaitan sekuriti makanan serta sektor pertanian dan industri makanan.
Selain itu, mereka akan mengenal pasti langkah intervensi yang sesuai serta mencadangkan hala tuju baharu sektor tersebut mengikut perkembangan dan keperluan semasa secara menyeluruh serta holistik.
“MPPN ini juga akan bertindak sebagai pelengkap kepada strategi yang didukung oleh kementerian agar lebih efisien dan produktif,” tulis kenyataan itu.
Beberapa pendekatan baharu akan diperkenalkan bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan MPPN.
Antaranya, Kiandee sendiri akan mempengerusikan majlis itu untuk terlibat secara langsung bersama pakar serta pemain dalam sektor pertanian dan industri makanan.
Jelasnya, ia bertujuan membawa perubahan dasar bagi memanfaatkan golongan petani, nelayan dan penternak serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang akan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara secara keseluruhannya.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa nama MPPN akan dipinda kepada “Majlis Penasihat Pertanian dan Industri Makanan Negara” berdasarkan skop baharu kementerian tersebut yang turut merangkumi industri makanan.
Astro Awani
Sat Jun 27 2020
Irmohizam (kanan) dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia bagi sesi 2020-2021. -Gambar WTC KL
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
WTCKL galak pekerja, pengunjung pakai pelitup muka
WTCKL akan melakukan proses sanitasi di kawasan yang disentuh dan semua kemudahan yang disediakan secara lebih kerap.
WTCKL anjur RESONEX, jangka 15,000 pelawat
RESONEX sedang mendekati lebih 200 syarikat peruncitan daripada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) hingga kepada syarikat multinasional.
Irmohizam individu pertama dilantik Duta Jenama AAGBS, UiTM
UiTM berkata, Irmohizam merupakan alumni AAGBS, dan berkelulusan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan yang dianugerahkan pada 2020.
Irmohizam dipapar dalam 100 Tokoh Awam Terbaik Dunia di China
Irmohizam berharap untuk menjalin kolaborasi di masa hadapan memandangkan pembukaan sempadan antarabangsa bakal dilaksanakan pada April.
Fasa Peralihan Endemik: WTCKL sambut baik keputusan kerajaan, industri BE dan MICE dijangka pulih
Peralihan fasa pandemik ke endemik bermula 1 April depan sudah tentu melegakan ramai pihak apabila semua sektor bakal beroperasi seperti biasa.
WTCKL hargai sumbangan buah-buahan FAMA kepada petugas barisan hadapan
Irmohizam menzahirkan ucapan terima kasih kepada FAMA dan Ketua Pengarahnya, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli atas sumbangan tersebut dan lawatan beliau ke PPV berkenaan.
Penyedia perkhidmatan pameran mohon kerajaan benarkan program dianjur dalam norma baharu
Mereka berharap kerajaan memberi kelonggaran terhadap penganjuran program dan majlis dengan menekankan penerapan amalan norma baharu.
Dr Irmohizam, 11 yang lain dilantik sebagai ahli MPPN
Mereka yang dilantik bertindak sebagai badan penasihat tertinggi kepada Ronald Kiandee dalam mengenal pasti isu berkaitan sekuriti makanan serta sektor pertanian dan industri makanan.
Dialog TN50 permulaan terbaik corak masa depan negara - Irmohizam
Dialog Perdana TN50 adalah platform untuk generasi hari ini memberikan visi masa depan yang diimpikan, kata anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim.
Jangan sorok bekalan barangan basah - LKIM
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menyorokkan bekalan barangan basah hingga menyebabkan kenaikan harga di pasaran.