Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, Pengerusi Lembaga Amanah Teach For Malaysia, telah dilantik mengetuai Sekretariat World Humanitarian Summit di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York mulai esok.
Beliau adalah juga pengasas dan bekas Presiden MERCY Malaysia, bekas felo kanan Khazanah Nasional Berhad dan felo penyelidik pelawat kanan di Institut Dasar Global King's College London.
"Saya amat bersyukur diberi penghormatan dilantik mengetuai tanggungjawab dalam inisiatif yang penting sebegini, dan bahawa seorang warga Malaysia terpilih untuk peranan berkenaan," kata Dr Jemilah dalam satu kenyataan.
"Lebih-lebih lagi kini, kita perlu menyedari betapa beratnya masalah yang kita hadapi dalam sektor kemanusiaan dan pembangunan, dan perlu memfokus sumber kolektif kita bagi menangani masalah berkenaan.
"Sebagaimana saya sedari semasa berada di Teach For Malaysia, jika masalah bersifat universal, maka penyelesaiannya boleh diperkongsikan," ujar beliau.
Pada 2012 saja, anggaran 28.8 juta penduduk di seluruh dunia kehilangan tempat tinggal akibat konflik dan keganasan.
World Humanitarian Summit, inisiatif Setiausaha Agung PBB, merupakan peluang bagi kerajaan-kerajaan, agensi PBB dan antara kerajaan, organisasi serantau, aktivis masyarakat sivil dan tidak bermotifkan untung, sektor swasta, golongan akademik dan mereka yang terjejas oleh krisis, untuk bergabung, menilai tindakan kemanusiaan, membincang landskap yang berubah, memperkongsi pengetahuan dan amalan terbaik, serta merencana agenda masa depan.
Sidang kemuncak akan berlangsung di Istanbul pada 2016 dan memberi fokus kepada empat tema utama – 'Keberkesanan Kemanusiaan', 'Transformasi menerusi Inovasi', 'Mengurangkan Kerentanan & Mengurus Risiko', dan 'Melayani Keperluan Mereka dalam Konflik'.
Pengarah Urusan Teach For Malaysia, Dzameer Dzulkifli berkata, Dr Jemilah pernah menjadi tunggak kekuatan bagi Teach For Malaysia sepanjang beliau mengetuai Lembaga Amanahnya.
Bernama
Wed May 07 2014
JEMILAH: Bersyukur diberi penghormatan yang penting sebegini
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu SDG perlu dilihat dari lensa kesihatan planet - Penganalisis
Pelaksanaan semua inisiatif di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perlu dilihat dari lensa kesihatan planet.
Pulihara bukit batu kapur, cari alternatif baharu ganti simen - Dr Jemilah
Dr Jemilah berkata, contoh terbaik adalah di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang memanfaatkan mendapan laut bagi teknologi tersebut.
UNGA ke-77: Pakar mahu Perdana Menteri gesa tindakan segera tangani perubahan iklim
Kesepaduan sangat diperlukan ketika krisis kali ini, bagi memacu transformasi global ke arah ekonomi planetari baharu.
Dr Jemilah dilantik pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia
Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia (HWUM).
COVID-19: Harap NPRA akan lulus vaksin untuk bawah 18 tahun - Jemilah Mahmood
Kanada yang menjadi negara pertama di dunia membenarkan penggunaan vaksin Pfizer COVID-19 terhadap mereka yang berusia 12 hingga 15 tahun.
Asas menangani pandemik adalah kerjasama, pasukan terbaik - Jemilah Mahmood
Biarpun negara mempunyai pasukan terbaik yang diperlukan, tanggungjawab menangani COVID-19 bukan hanya tugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Isu kesihatan antara perkongsian Dr Jemilah Mahmood dalam 'Leaders Speakeasy' malam ini!
stro AWANI di bawah jenama LINC meneruskan kesinambungan bicara menerusi siri terbaharu Leaders Speakeasy bersama Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.
COVID-19: Duta Besar Malaysia ke Indonesia dan isteri dibenar keluar hospital
Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri Datin Sakhiah Mohd Soom dibenarkan keluar dari Rumah Sakit Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto, Jakarta pada 3 April lalu.
COVID-19: Pendekatan kesihatan holistik perlu bagi kesihatan planet
Pandemik COVID-19 merupakan contoh jelas akan hubungan rapat antara kesihatan dan alam sekitar.
Ingkar kuarantin wajib: Tindakan penguatkuasaan oleh polis
Polis perlu mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar arahan kuarantin wajib.