Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hadir ke majlis #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" tanpa sebarang undangan daripada pihak penganjur, kata Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.
"Beliau hadir kerana sudah tersebar di media sosial bahawa beliau akan hadir, jadi Dr Mahathir membuat keputusan untuk hadir.
"Pihak penganjur tidak memberikan undangan untuk beliau," katanya dalam satu sidang media selepas program itu dibatalkan.
BACA: #Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
Sementara itu Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan Najib tidak hadir ke program tersebut atas faktor keselamatan di lokasi ia berlangsung.
Menurut kenyatan itu lagi, penganjur akur dengan nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar majlis itu dibatalkan bagi menjaga ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.
BACA:
#Nothing2Hide: 'Saya mahu Najib teruskan perjuangan arwah bapanya' - Tun M
Khairul Anwar juga berkata sekumpulan hadirin telah merempuh pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn membawa Tun Dr. Mahathir masuk ke dewan dan kemudian menyerahkan pentas kepada bekas Perdana Menteri itu untuk berucap.
Ditanya siapa memberi kebenaran untuk Tun Dr. Mahathir berucap, Khairul berkata: "Saya tidak pasti."
Khairul Anwar juga memberitahu bahawa 2,500 wakil NGO hadir untuk program berkenaan tetapi dewan hanya boleh memuatkan 1,500 sahaja.
"Kalau kita dapat pengesahan kehadiran lebih awal, pastinya kita akan berbincang dengan pihak PWTC untuk mengadakan program ini di dewan lebih besar," kata Khairul dalam sidang media sejurus selepas majlis dibatalkan.
Program tersebut dijadualkan berlangsung pada jam 9 pagi tetapi diumumkan batal sekitar jam 8:55 pagi oleh Khalid.
Astro Awani
Fri Jun 05 2015
Pengerusi Sukaguam Datuk Khairul Anwar Rahmat ketika berucap di sidang media sebaik sahaja majlis selesai - Foto Astro AWANI/Syafique Shuib
Gapena disaran guna pentas media baharu hasilkan karya - Ahmad Zahid
Gapena disaran menggunakan pentas media baharu seperti media sosial sebagai saluran menghasilkan karya budaya, kesusasteraan dan seni.
Latihan berkaitan AI, TVET harus ditingkatkan supaya negara tidak ketinggalan - PM Anwar
Semua pihak pelaksana terutamanya kementerian diminta memberi fokus melatih golongan anak muda mengenai teknologi kecerdasan buatan (AI) supaya negara tidak ketinggalan.
Penulis perlu mengoptimumkan platform media sosial
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perasmian Kompleks Rumah Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Majlis Aidilfitri bersama penulis di rumah GAPENA, di Bukit Petaling.
Dakwaan Subsidi: Walaupun ada perbincangan awal, tapi belum ada keputusan muktamad - PM
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
[TERKINI] Bapa dan dua anak lemas di sungai
Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Jalan Genting Lama Batang Kali.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Penduduk Israel gesa Netanyahu terima gencatan senjata
Kumpulan penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv ketika pegawai Hamas bertemu pengantara Mesir dan Qatar di Kaherah, dan mendesak melakukan segala yang mungkin untuk membawa tebusan pulang.
Yaya Empire buktikan syarikat tempatan mampu tempa nama sebagai usahawan ‘perfume’ bertaraf antarabangsa
Yaya Empire adalah antara salah sebuah syarikat tempatan yang berjaya menempa nama dalam industri haruman bertaraf global selepas berjaya meneroka pasaran luar Malaysia.
AWANI Ringkas: Perak setuju bekal air ke Pulau Pinang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Johor kenal pasti 120 'hotspot' banjir, PBT diminta atasi segera
Kerajaan Johor mengenal pasti sebanyak 120 lokasi panas yang kerap berlakunya banjir di seluruh negeri ini.
#Nothing2Hide: 'Tidak salah jika Tun M wakili NGO yang diundang' - penganjur
Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata kad jemputan yang diberikan kepada NGO tidak ditulis dengan nama-nama individu tertentu.
#Nothing2Hide: 'Bukan tak sokong, tapi kecewa' - Wakil NGO
Presiden IKHLAS Mohd Ridzuan Abdullah mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang dengan wakil NGO agar maklumat boleh disampaikan kepada rakyat.
Dr M datang tidak dijemput, kata penganjur #Nothing2Hide
Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke majlis #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" adalah tanpa undangan.
#Nothing2Hide: 'Saya mahu Najib teruskan perjuangan arwah bapanya' - Tun M
Dr Mahathir Mohamad mahu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan perjuangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
#Nothing2Hide: Penganjur akan akan umum tarikh baharu 'Dialog PM bersama NGO'
Penganjur #Nothing2Hide: "Dialog PM bersama NGO" akan mengumumkan tarikh baharu bagi program yang telah dibatalkan hari ini.
#Nothing2Hide: Dialog PM bersama NGO dibatalkan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pembatalan tersebut di dalam twit terbarunya.
#Nothing2Hide: Tun Mahathir dijangka hadir Dialog PM Bersama NGO esok
Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin berdepan dengan Tun Mahathir Mohamad dalam sebuah program dialog bersama NGO anjuran SukaGuam di PWTC pada Jumaat.