SHAH ALAM: Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, beliau sama sekali tidak mahu mencampuri dakwaan berkenaan.
"Ini adalah berita yang palsu. Saya tidak pernah mengulas isu UAI tidak dapat memahami dan tidak dapat berbicara bahasa Arab itu.
"Urusan beliau telah kita serahkan kepada Allah SWT. Dia Maha Mengetahui, Dia tidak lupa kepada sesiapa pun yang menzalimi pihak lain.
"Pada saya, setiap kita ada kelebihan dan kekurangan. Kelebihan kita kurniaan Allah SWT untuk kita bersyukur. Sementara kekurangan untuk kita insaf agar tidak menghina orang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Tular di aplikasi X apabila seorang pemilik akaun memuat naik satu klip video ketika sesi ceramah UAI, memaparkan seorang lelaki bertanya kepada UAI dalam bahasa Arab sebelum diterjemahkan oleh individu lain yang tidak kelihatan dalam video berkenaan.
Penterjemah tersebut memberitahu kepada UAI bahawa lelaki itu ingin tahu mengenai amalan UAI sehingga mampu mengumpulkan begitu ramai orang dalam majlis ilmu tersebut.
UAI kemudiannya menjawab dalam bahasa Melayu, bahawa ia berlaku kerana keberkatan ibu bapa peserta-peserta ceramah yang hadir.
Jawapan tersebut diterjemahkan semula dalam bahasa Arab kepada lelaki tersebut.
Video tersebut mengundang reaksi sinis pengguna X yang mempertikaikan kewibawaan UAI sebagai seorang ahli agama kerana mendakwa tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang menyelar dakwaan tersebut kerana klip video berkenaan telah dipotong dan tidak memberi gambaran sebenar yang berlaku, selain menjelaskan kemungkinan wujud kekeliruan dialek yang digunakan menyebabkan UAI sukar memahami pertanyaan tersebut.
Terdapat video lain yang dikongsi juga membuktikan situasi sebaliknya apabila memaparkan UAI berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan lelaki tersebut.
Sementara itu, Mohd Asri berkata, bahasa Arab ia adalah bahasa wajib bagi ilmu-ilmu Islam dan keupayaan memahami bahasa Arab dengan baik merupakan kelebihan untuk mendapat ilmu daripada ucapan dan pengajaran para ulama terbilang di dunia khususnya pada zaman teknologi masa kini.
Jelas beliau, memahami bahasa Arab juga rukun penting untuk membaca rujukan-rujukan ilmu Islam.
"Mazhab al-Syafii mazhab yang paling tegas dalam isu penguasaan bahasa Arab ini. Jika tidak faham bahasa Arab maka sukar memahami istibat hukum hakam agama yang dirumuskan oleh para ulama," katanya.
Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak mempersendakan orang lain sekiranya mendapati seseorang tidak berupaya menguasai bahasa Arab.
"Keupayaan yang ada pada kita juga merupakan kurniaan Allah SWT semata. Boleh mengkritik di sudut ilmiah tapi jangan mencerca," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 20 2024
Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata, beliau sama sekali tidak mahu mencampuri dakwaan berkenaan. - Gambar fail
Ireland secara rasmi iktiraf negara Palestin
Langkah itu menyusul selepas Norway dan Sepanyol secara rasmi mengiktiraf Negara Palestin pada pagi Selasa.
Penjawat awam perlu pikul amanah, kepercayaan berdasarkan nilai H.E.M.A.T - KPPA
Penjawat awam perlu memikul amanah dan kepercayaan yang dipertanggungjawabkan berdasarkan nilai-nilai Hijrah Tatakelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran (H.E.M.A.T).
Mahu cabar diri dorong penjawat awam berusia 59 tahun duduki SPM
Mahu mencabar kemampuan diri dan seronok belajar mendorong seorang penjawat awam berusia 59 tahun menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Singapura akan bekerjasama rapat dengan Malaysia sokong Kepengerusian ASEAN 2025
Singapura bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia dalam menyokong Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun depan.
Perhilitan tangkap beruang matahari betina di Tanah Merah
Perhilitan Kelantan menangkap seekor beruang matahari betina di Kampung Air Asahan Hulu, Tanah Merah, hari ini.
Pemuda lemas dihanyut arus ketika memancing
Seorang pemuda lemas manakala rakannya selamat akibat dihanyutkan arus ketika memancing di Pantai Batu Manikar, Labuan petang tadi.
KPM terus tumpu latih guru agar mahir DELIMa
Kementerian Pendidikan (KPM) terus menumpukan usaha melatih guru yang belum menguasai sepenuhnya penggunaan portal Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) dari semasa ke semasa.
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam.
AWANI Ringkas: Program Geran Kreatif KL 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [28/05/2024] – Kalau Ada Laporan, Ada Siasatan | Sudah Teliti Dan Periksa | Pelaburan Strategi Semikonduktor | 16 Peratus Daripada Baki Litupan Hutan
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
1. PM serah kepada SPRM, siasat projek kerajaan selangor kepada suami Hannah
2. SPRM sahkan, suami Hannah tiada kes
3. Sasaran 500 bilion ringgit pelaburan semikonduktor
4. 3.2 juta hektar hutan semula jadi berisiko ditebang
Dr Maza nafi kritik Ustaz Azhar Idrus
Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menafikan beliau terlibat membuat ulasan mengenai video tular mendakwa pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tidak mampu menguasai bahasa Arab.
Isu dos penggalak vaksin COVID-19, jangan 'pukul rata' - MB Perak
Rakyat dinasihatkan mengikut saranan yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkenaan pengambilan dos vaksin itu.
Biarlah dia menyumbang, tiada isu pun bukan Muslim bayar zakat - Dr Maza
Ada komen netizen yang menganggap perbuatan itu sia-sia dan tidak perlu memandangkan zakat adalah untuk orang Islam dan orang bukan Islam tidak seharusnya turut terlibat.
[EKSKLUSIF] Kes Ibu Yati: Kedangkalan cara berfikir dan keupayaan memahami asas pengetahuan - Dr Maza
Bagi Dr. Mohd Asri kiraanya sudah jelas untuk hukum hakam agama Allah ini dalam menentukan daerah keimanan mereka berdasarkan apa yang telah dilakukan.
Kes COVID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan
Katanya ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.
Mufti Perlis sokong Muhyiddin sebagai PM kerana sah dari segi Perlembagaan
Mohd Asri berkata siapa sahaja yang menyokong kerajaan sekarang tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat oleh Dr Mahathir sebelum ini.
5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.
"Jangan bahayakan orang lain, buatlah pemeriksaan," rayu Dr Maza kepada jemaah tabligh
Dr Asri berkata, beliau dimaklumkan terdapat kalangan jemaah tabligh yang menyertai himpunan di Sri Petaling masih belum melakukan pemeriksaan.
Debat Piala Tun Razak: Ibarat 'memangsakan' anggota debat - Dr Maza
Ibarat -memangsakan- anggota debat. Itu pendirian Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berhubung usul yang dipilih untuk peserta debat Piala Tun Razak 2019, pada Isnin lalu.
Suspek terakhir kes bakar kereta Mufti Perlis ditahan
Seorang lelaki yang juga suspek terakhir kes bakar kenderaan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada Mac lalu ditahan dalam satu serbuan di Kuala Ketil, Kedah pada pagi Sabtu.