awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia

Bernama
Bernama
28/05/2024
13:30 MYT
Remaja lelaki dilaporkan hilang di Bukit Broga ditemukan meninggal dunia
Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih, semalam. - Foto fail/hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Bukit Broga, Semenyih dekat sini, semalam.
Adi Putra Affendi, 16, dikatakan menjalankan aktiviti riadah terbabit bersama penjaganya berusia 40-an dan dua rakan berumur 13 tahun.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa bersama penjaga dan dua rakannya memulakan aktiviti pendakian kira-kira 7.50 pagi dan mangsa hanya disedari hilang pada 12.30 tengah hari, semalam.
"Remaja lelaki itu kemudiannya ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan berbatu berhampiran lorong pendakian, selepas 19 jam operasi mencari dan menyelamat sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans kira-kira 3.40 petang tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Zaid berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sub Insp Mohd Yusoff Nor di talian 019-9132784, bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pasukan penyelamat menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, dipercayai terjatuh gaung pada kedalaman 10 meter di lokasi kira-kira 100 meter dari pintu gerbang Bukit Broga pada 2.50 petang tadi.
Beliau berkata, operasi mencari mangsa menggunakan kaedah sweeping searching dijalankan dari Puncak 1 hingga Puncak 3, membabitkan keluasan 1.5 kilometer melibatkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama agensi bantuan lain seperti polis, malim gunung, renjer hutan, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta pasukan bomba sukarela, dengan kekuatan 47 anggota.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja hilang
#bukit broga
#Adi Putra Affendi
#aktiviti riadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan