awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Mohd Daud Bakar Presiden baharu UIAM

Bernama
Bernama
11/07/2019
09:46 MYT
Dr Mohd Daud Bakar Presiden baharu UIAM
Mohd Daud mempunyai pengalaman luas mengenai persekitaran UIAM kerana pernah menjadi pensyarah universiti itu. - Facebook
Tokoh kewangan Islam Datuk Dr Mohd Daud Bakar dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kelapan selama tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Menurut kenyataan UIAM hari ini, pelantikan Mohd Daud yang juga bekas Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) universiti itu mendapat perkenan Ketua Perlembagaan UIAM, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
"Dengan pelantikan ini, beliau boleh memberi khidmat nasihat dalam pembangunan UIAM ke arah menjadikan universiti ini dihormati masyarakat dalam negara dan antarabangsa," kata kenyataan itu.
VIDEO: Beberapa calon baru Presiden UIAM disenarai
Mohd Daud merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) selain menganggotai badan penasihat syariah di institusi kewangan Islam dalam dan luar negara.
BACA: Maszlee Malik sahkan letak jawatan Presiden UIAM
Beliau juga pengasas sebuah syarikat khidmat nasihat kewangan Islam selain pernah menerima anugerah Tokoh Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 2014.
"Beliau mempunyai pengalaman luas mengenai persekitaran UIAM kerana pernah menjadi pensyarah universiti itu," jelas kenyataan berkenaan.
BACA: Cadangan nama Presiden UIAM baharu dikemukakan kepada PM, Sultan Pahang
UIAM turut menyampaikan penghargaan kepada Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang menerajui UIAM sebagai presiden ketujuh institusi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#Mohd Daud Bakar
#pensyarah
#Presiden UIAM
#Raja Permaisuri Agong
#tokoh kewangan
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#UIAM
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan