Skip to main content

Malaysia

Dr Noor Hisham dedah syarikat perlombongan salah guna gambarnya sebagai COO

41598888527_DatukDrNoorHisham.jpg
Sebuah laman sesawang syarikat perlombongan telah menggunakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO).

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham menegaskan perkara itu adalah palsu dan nama yang tertera di bawah gambar beliau bukan dirinya dan laman sesawang syarikat itu turut memaparkan gambar dan nama beberapa individu dalam barisan pengurusannya.

"Untuk makluman umum, Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya dalam laman sesawang mereka sebagai COO! Jelas ini adalah palsu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun, carian Bernama mendapati laman sesawang syarikat itu sudah tidak boleh diakses.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video