KUALA LUMPUR : Pakar Kesihatan Awam, Dr Ooi Choo Huck dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak yang baharu. menggantikan Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed.

Menurut Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, pelantikan Dr Ooi Choo dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di masa hadapan.

"Dr Oii Choo Huck kini merupakan pengarah perubatan (JUSA B) bagi Jabatan Kesihatan Sarawak.

"Beliau mempunyai pengalaman kepakaran dalam kesihatan awam, dan telah berkhidmat bersama Kerajaan Sarawak sejak 30 tahun lepas," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Jumaat.

Beliau dalam masa sama turut berharap pelantikan Dr Ooi Choo Huck dapat membawa Sarawak melangkah seiiring dalam pelbagai perkara di masa akan datang.

Penyerahan tugas Choo Huck disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Negeri (Kesihatan Awam) Dr Rosemawati Ariffin semasa perhimpunan bulanan di ibu pejabat JKNS pada Jumaat.

Beliau telah menerima pelantikan jawatan sejak 1 Mac yang lalu.