awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Wan Azizah ucap tahniah kepada Jokowi

Bernama
Bernama
21/05/2019
06:18 MYT
Dr Wan Azizah ucap tahniah kepada Jokowi
Dr Wan Azizah mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2019. -Gambar fail
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang diumumkan memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) Indonesia 2019 untuk kekal memerintah negara itu bagi tempoh 2019-2024.
BACA: Jokowi diumum pemenang Pilihan Raya Presiden Indonesia
Dr Wan Azizah dalam kenyataan hari ini berkata, sebagai negara serumpun, beliau optimis bahawa hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan terus diperkukuh di samping memberi manfaat kepada rakyat.
"Saya mendoakan Joko Widodo dikurniakan kesihatan yang baik dan terus kental dalam menghadapi liku-liku mendatang sebagai seorang pemimpin," katanya.
Tahniah @jokowi & @maarufaminews semoga terus sukses memimpin Indonesia pic.twitter.com/u8NOAaYl17
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) May 21, 2019
Komisi Pemilihan Umum (KPU) pada pukul 1.46 pagi ini (waktu Indonesia Barat) mengumumkan keputusan Pilpres 2019, sehari lebih awal selepas proses pengiraan undi di 813,350 Tempat Pembuangan Suara atau pusat pengundian, selesai 11.30 malam, Isnin. Pilpres 2019 diadakan pada 17 April lepas.
Jokowi, 57, bersama pasangannya untuk jawatan naib presiden, Ma'ruf Amin, 76, memperoleh 85,607,362 undi, manakala pencabarnya, Prabowo Subianto, 67, dan pasangannya untuk jawatan naib presiden, Sandiaga Uno, 49, memperoleh 68,650,239 undi.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Ma'ruf Amin
#pilihan raya presiden
#Pilpres
#Prabowo Subianto
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan