awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Zaliha bentang komitmen digitalkan sistem penjagaan kesihatan di Geneva

Bernama
Bernama
22/05/2023
00:58 MYT
Dr Zaliha bentang komitmen digitalkan sistem penjagaan kesihatan di Geneva
Dr Zaliha memulakan tugasnya dengan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel untuk membincangkan iltizam negara-negara anggota untuk mencapai Kesihatan Sejagat menjelang 2030. - Facebook Dr Zaliha Mustafa
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa membentangkan komitmen Malaysia untuk mendigitalkan sistem penjagaan kesihatan negara dan pendekatan berasaskan data pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel (CHMM) di Geneva, Switzerland pada Sabtu.
Beliau berkata komitmen itu dinyatakan bagi meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di negara ini.
"Sesi seterusnya menyentuh hal terkait kesediaan menghadapi pandemik, dengan penekanan khusus terhadap mempromosikan kesaksamaan pembangunan produk kesihatan dan teknologi," katanya dalam hantaran menerusi Facebooknya.
Dr Zaliha berkata beliau memulakan tugasnya dengan menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel (CHMM) untuk membincangkan iltizam negara-negara anggota untuk mencapai Kesihatan Sejagat (UHC) menjelang 2030.
Beliau turut menegaskan peranan mustahak Penjagaan Kesihatan Primer bagi mencapai Kesihatan Sejagat pada WHA yang berlangsung bermula semalam hingga 30 Mei itu.
Dr Zaliha turut menyeru Menteri-Menteri Kesihatan Komanwel untuk memberikan insentif berbentuk penstrukturan cukai, pembiayaan Penyelidikan dan Pembangunan (RD) serta kerjasama strategik bersama pihak berkepentingan berkaitan bagi menggalakkan perkembangan industri pembuatan tempatan di negara masing-masing.
"Nantikan perkembangan dari semasa ke semasa delegasi Kementerian Kesihatan di Geneva, demi rakyat dan sistem kesihatan Malaysia yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Zaliha Mustafa
#sistem penjagaan kesihatan
#Geneva
#digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan