KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengadakan perbincangan dan forum bersama pakar perubatan Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK) mengenai perubahan sistem penjagaan kesihatan negara.
Menurut pejabat Menteri Kesihatan dalam kenyataan pada Ahad, perbincangan dan forum yang berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad itu adalah bersempena dengan lawatan kerja beliau selama dua hari di UK.
"Dr Zaliha komited dalam melaksanakan perubahan sistem penjagaan kesihatan negara melalui perbincangan bersama pakar perubatan Malaysia yang kini berkhidmat di UK," menurut kenyataan itu.
Menurutnya Zaliha menghadiri program perbincangan khas 'Building A Resilient Healthcare System-The Future of Medical Research Collaboration between Malaysia and UK' dalam lawatan kerja berkenaan.
Perbincangan meliputi pelbagai topik, antaranya cabaran yang dihadapi sistem penjagaan kesihatan di seluruh dunia serta isu kerjasama bidang penyelidikan merentasi sempadan.
"Perbincangan dua hala itu penting memandangkan sistem penjagaan kesihatan di UK dan Malaysia mempunyai beberapa persamaan, antaranya menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan percuma, dan kedua-dua negara sedang berikhtiar untuk menyediakan perkhidmatan terbaik meskipun berlaku peningkatan kos dan demografik.
"Input yang diperoleh daripada perbincangan selama kira-kira tiga jam itu amat bermanfaat memandangkan Malaysia sedang merangka sebuah Kertas Putih Kesihatan," katanya.
Menurut kenyataan itu, turut bersama dalam perbincangan ialah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pakar Kardiologi dari Universiti Oxford, Profesor Madya Dr Masliza Mahmod.
Perbincangan itu merupakan program pertama kali dianjurkan di Oxford oleh Oxford University Malaysia Club (OUMC) dengan kerjasama Clinical Research Malaysia (CRM), katanya.
Dr Zaliha turut menghadiri majlis makan malam bersama kira-kira 40 komuniti dan pelajar perubatan di UK anjuran Education Malaysia London.
Menurut kenyataan itu, Dr Zaliha akan menghadiri forum bertajuk 'UK-Malaysia Clinical Research Partnership: Making It Happen' di Malaysia Hall yang akan dikendalikan oleh Profesor Eric Lim, Pakar Perunding Thoracic Surgeon dari Hospital Diraja Brompton.
Forum yang diadakan pada 7 petang waktu tempatan Ahad itu akan membincangkan kerjasama antara penyelidik klinikal UK dan Malaysia bagi memastikan penyelidikan berkualiti di institusi masing-masing dapat dihasilkan.
Kenyataan itu menyebut, kesemua ahli panel akan berkongsi pengalaman penyelidikan dan pandangan mereka tentang kerjasama semasa dan akan datang dalam bidang kepakaran masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengadakan perbincangan dan forum bersama pakar perubatan Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK) mengenai perubahan sistem penjagaan kesihatan negara. - Gambar fail/Astro AWANI

Sultan Nazrin berkenan rasmi, berbuka puasa di Masjid Al-Ikhwan
Baginda kemudiannya berkenan menanam pokok di perkarangan bangunan sebelum merasmikan masjid itu.

Sabah tidak iktiraf tuntutan pihak mengaku waris kumpulan Sulu - Hajiji
Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sama sekali tidak mengiktiraf sebarang tuntutan oleh pihak yang mengaku waris kumpulan Sulu ke atas negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

14,426 pesakit buah pinggang jalani dialisis sepanjang tahun lepas - Dr Zaliha
Seramai 14,426 pesakit buah pinggang menjalani perkhidmatan dialisis di hospital kerajaan sepanjang tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Libat urus untuk tambah kakitangan kesihatan sedang diusahakan - Dr Zaliha
Isu dihadapi sektor kesihatan bukan menjadi tanggungjawab kementeriannya sahaja tetapi semua komponen kerajaan berkaitan.

Hospital Tanjong Karang bakal miliki 10 jenis khidmat kepakaran
Ia a terdiri daripada pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial.

Dr Zaliha, pakar perubatan Malaysia di UK bincang perubahan sistem penjagaan kesihatan negara
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengadakan perbincangan dan forum bersama pakar perubatan Malaysia yang kini berkhidmat di UK mengenai perubahan sistem penjagaan kesihatan negara.

Wad jangka pendek bantu atasi kesesakan di jabatan kecemasan - Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenalkan wad jangka pendek atau 'short stay ward' bagi hospital yang mempunyai ruang sebagai inisiatif mengatasi masalah kesesakan di Jabatan Kecemasan.

KKM sasar bentang kertas putih kesihatan di Parlimen pertengahan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada pertengahan tahun ini.

Tanah runtuh Batang Kali: Empat mangsa di Hospital Selayang stabil - Dr Zaliha
Empat mangsa termasuk seorang wanita hamil dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor yang menerima rawatan di Hospital Selayang berada dalam keadaan