SEPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua syarikat agensi pekerjaan yang sah di negara ini di bawah Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) PDRM.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, dua syarikat terbabit dipercayai antara dalang sindiket penipuan pekerjaan rakyat Malaysia ke Thailand.
"Kita tengah siasat di bawah unit ATIPSOM mengapa syarikat-syarikat ini sanggup menjalankan, merekrutkan pekerja untuk dihantar ke luar negara, sehinggakan mangsa terkandas di negara itu, ini dalam siasatan.
"Dua syarikat telah disiasat, kita nak tengok, mereka ini merekrut (warga asing juga) datang ke Malaysia sebagai pembantu rumah, buruh ladang.
"Mereka (agensi pekerjaan) ada lesen, dia orang ambil kesempatan eksport rakyat Malaysia (ke negara jiran)," jelasnya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
Hadir sama, Setiausaha Bahagian Konsular, Jabatan Protokol dan Konsular Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohamad Ali Selamat.
Ujarnya lagi, PDRM dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN) dan pihak berkuasa Thailand akan terus menyiasat bagi mencari dalang sindiket yang memangsakan rakyat Malaysia di negara itu,
"Berbagai sindiket, di sini kita nak cari dalang sindiket, saya percaya ada di Malaysia dan Thailand.
"Mereka kerjasama antara satu sama lain, dalang itu kemungkinan dalang di Thailand, kita dapat tangkapan dua sindiket di Malaysia dalam bulan lepas.
"(Mereka) bertopengkan agensi pekerjaan yang sah, kita akan bersama Jabatan Buruh (menyiasat)," jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, tambah Abd Jalil, seramai lima rakyat Malaysia menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Thailand selamat tiba di KLIA hari ini.
Jelasnya, mangsa dibawa menaiki penerbangan dari Bangkok, Thailand diiringi anggota PDRM dan Kementerian Luar Negeri.
"Lima mangsa telah selamat sampai ke KLIA membawa hasil berjaya juga dalam misi menyelamatkan mangsa-mangsa job scammer atau penipuan kerja di luar negara khasnya daripada negara Thailand.
"Lawatan ini hasil usaha disusuli kejayaan Perdana Menteri bersama dengan Menteri Dalam Negeri pada minggu lepas ke Thailand pada 19 Februari 2023.
"Hasil lawatan Perdana Menteri pelbagai perkara berjaya kita rungkaikan kejayaan membawa pulang lima orang mangsa penipuan kerja di Thailand," katanya lagi.
Fareez Azman
Sun Feb 19 2023

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, dua syarikat terbabit dipercayai antara dalang sindiket penipuan pekerjaan rakyat Malaysia ke Thailand. - Fail/BERNAMA

UCL 2023: Manchester City muncul juara, tundukkan Inter Milan
Inter Milan hampir menyamakan kedudukan pada minit-minit akhir apabila sepakan Romelu Lukaku diselamatkan oleh Ederson.

PAU2023: UMNO perlu bangkit jadi pilihan rakyat - Wan Rosdy
Wan Rosdy membangkitkan persoalan, adakah ahli UMNO dan BN gagal mempengaruhi keluarga dan saudara terdekat untuk menyokongnya.

Resepi para renang, olahraga boleh jadi inspirasi buat atlet normal - Hannah
Ia juga bertujuan melihat 'rahsia' kejayaan 50 emas, 38 perak dan 34 gangsa yang diraih kontinjen para negara untuk dikongsikan bersama MOM.

Belarus akan terima senjata nuklear pada Julai - Putin
Putin berkata persiapan di kemudahan berkaitan akan diselesaikan pada 7 dan 8 Julai sebelum pemindahan senjata nuklear dilaksanakan.

Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.

PRN: PRM kenal pasti tiga calon berpotensi
Mereka ialah Teh Yee Cheu bagi kerusi DUN Air Putih, Lee Chui Wah (Tanjung Bungah) dan Abdul Ghani Haroon (Pantai Jerejak).

Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan
Jumlah berkenaan adalah sebahagian besar daripada pengeluaran sebanyak 1,172,544 ekor arowana negara pada 2022.

Haqimi Azim digugur dari skuad kebangsaan atas faktor kesihatan
Pan Gon berkata, hasil pemantauan mendapati, tiada tanda positif Haqimi Azim dapat hadir menjalani kem latihan bersama rakan pasukan.

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Tuan Faridah Tuan Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.

PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.

Tanah gereja: 'Jangan manipulasi isu tanah rizab PDRM' - Bukit Aman
Semua pihak diminta supaya tidak memanipulasikan isu pemilikan tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kamunting, Perak, sehingga boleh mengelirukan masyarakat.

Media 'tulang belakang' kejayaan PDRM - Polis Perak
Peranan media disifatkan sebagai "tulang belakang" kepada setiap kejayaan Polis Kontinjen Perak.

Kuarters, rumah ketua balai polis atas tanah gereja di Kamunting akan diroboh
Tanah rizab Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lot 784 di Kamunting, Taiping telah dimiliki The Titular Roman Catholic Bishop of Melaka sejak tahun 1883, kata Ketua Polis Perak.

Reman suami isteri bantu siasatan kematian ibu dilanjut
Tempoh reman sepasang suami isteri yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas, disambung enam hari bermula esok.

Polis Thailand bantu kesan wanita Malaysia hilang - PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Thailand bagi mengesan rakyat Malaysia, Chong Sum Yee, 22, yang hilang di Chiang Mai, Thailand sejak 1 Jun lepas.

Kenyataan Sanusi: PDRM terima laporan, buka kertas siasatan
PDRM mengesahkan menerima laporan dan telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri itu.

Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian pada Ahad.

Pemandu warga asing dinasihat patuhi undang-undang jalan raya - Polis Johor
Polis menasihati pengguna jalan raya khususnya pemandu warga asing yang menggunakan pintu keluar masuk laluan darat di Johor agar mematuhi undang-undang jalan raya yang telah dikuatkuasakan.

Isu hina Institusi Diraja, Proklamasi Orang Melayu: Dr Mahathir dirakam percakapan
Polis merakam percakapan Dr Mahathir Mohamed susulan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang berunsur penghinaan terhadap Institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

APMM jumpa 100 butir peluru meriam aktif dalam kapal pengangkut dari China
APMM menemukan kira-kira 100 butir peluru meriam kapal perang dunia kedua dipercayai masih aktif dalam kapal pengangkut dari China, yang ditahan pada Ahad lepas.