KUCHING: Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata draf memorandum penstrukturan semula jawatankuasa telah disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.
"Dari Sabah, kita cadangkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, manakala untuk wakil Sarawak pula Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
"Walaupun saya sendiri (Pengerusi jawatankuasa) dari Sarawak tetapi saya perlukan seorang lagi menteri dari Sarawak untuk duduk dalam jawatankuasa itu dan akan membantu untuk menjawab di Parlimen ketika saya tiada," katanya selepas Majlis Penyampaian Ang Pau dan Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada Warga Emas serta Orang Kurang Upaya (OKU) kawasan Matang di Dewan SUPP Sungai Tengah di sini hari ini.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Ahli Parlimen Petra Jaya berkata penstrukturan itu dilakukan susulan tiada lagi jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) yang sebelum ini disandang Datuk Armizan Mohd Ali.
Mengulas lanjut, beliau berkata perundingan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) melibatkan tiga peringkat iaitu Majlis Tindakan Pelaksanaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
"Peringkat kedua ialah jawatankuasa teknikal yang dipengerusi oleh saya sendiri, manakala yang ketiga ialah jawatankuasa kerja yang diwakili semua pegawai kerajaan untuk membincangkan perkara asas.
"Jika ada isu yang tidak dapat diselesaikan pada peringkat perkara asas, maka perkara itu akan dibawa ke jawatankuasa teknikal untuk kami putuskan dan akhirnya akan dibawa pula ke Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Fadillah berkata draf memorandum penstrukturan semula jawatankuasa telah disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat. - Gambar fail
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Dua ahli baharu Jawatankuasa Teknikal MA63 dimuktamad bulan ini - Fadillah
Dua ahli baharu dalam Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan dimuktamadkan pada bulan ini.
PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.
Mas Ermieyati alu-alukan lantikan Noraini, 11 ahli PAC baharu
Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin menyambut baik dan mengalu-alukan pelantikan 12 ahli PAC Parlimen baharu.
Muafakat Nasional buka permohonan ahli baharu - Annuar
Annuar menjelaskan permohonan itu sepatutnya dibuka minggu hadapan, namun atas permintaan ramai ia dibuat lebih awal.
MCA giat tarik lebih ramai ahli baharu
Wee Ka Siong berpendapat, golongan muda merupakan golongan tidak 'hardcore' atau terlalu kuat fahaman politik, selain lebih memilih realiti.
Pendaftaran ahli baharu KWSP naik kepada 146,000 pada suku pertama 2022
Pendaftaran ahli baharu KWSP meningkat sebanyak 57 peratus kepada 146,000 orang pada suku pertama 2022.