awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua ahli perniagaan ditahan SPRM Sabah kes tuntutan palsu RM3.6 juta

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
12/08/2025
11:23 MYT
Dua ahli perniagaan ditahan SPRM Sabah kes tuntutan palsu RM3.6 juta
Dua ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM3.6 juta berkaitan Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). - Astro AWANI
SABAH: Dua ahli perniagaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM3.6 juta berkaitan Program Bantuan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy, berkata suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan sekitar jam 11 pagi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah untuk dirakam keterangan.
“Siasatan awal mendapati mereka mengemukakan dua tuntutan mengandungi butir matan palsu kepada Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) pada 2022 dan 2023,” katanya menerusi kenyataan media pada Selasa.
Antara tuntutan tersebut termasuk pembekalan mesin retort dan peralatan usahawan bernilai lebih RM400,000, serta perkhidmatan pensijilan MeSTI, My Food dan sijil Halal bernilai lebih RM3.2 juta.
Karunanithy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Kedua-dua suspek dibebaskan selepas membayar deposit RM1,000 daripada RM10,000 wang jaminan.
Mereka dijadualkan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu pada Khamis ini.
Topic Berkaitan
#Ahli perniagaan ditahan SPRM
#kemuka tuntutan palsu
#dipanggil rakam keterangan
#sprm sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan