awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua anggota PGA maut kemalangan di Kota Bharu

Adam Darwish
Adam Darwish
29/10/2022
03:20 MYT
Dua anggota PGA maut kemalangan di Kota Bharu
Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Wad Forensik Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Dua anggota polis daripada Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) yang berpangkalan di Pengkalan Chepa maut dalam kemalangan awal pagi tadi.
Mangsa dikenali sebagai Lans Koperal Jerry Layong Anak Nyalin, 32 tahun, dan Koperal Juna Anak Jembat, 39 tahun.
Ketua Polis Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, kejadian berlaku pada pukul 4.25 pagi dan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.
"Berdasarkan maklumat, kenderaan jenis Perodua MyVi yang dinaiki mangsa telah melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan.
"Pemandu dan penumpang kereta maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
"Semasa kejadian, keadaan jalan raya tidak sesak, lurus dan basah," katanya.
Katanya mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Wad Forensik Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#anggota PGA
#kemalangan maut
#Kota Bharu
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan