Dua bekas kakitangan Majlis Pengakap Negeri Melaka (MPNM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan wang sewaan bangunan bernilai kira-kira RM50,000 sejak lima tahun lalu.
Difahamkan, kedua-dua suspek berusia 50-an dan 30-an itu ditahan di pejabat SPRM Melaka di Alai, dekat sini, pada jam 6.30 petang Isnin selepas tampil untuk memberi keterangan.
Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman sebelum direman selama tiga hari.
Sumber berkata, kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan wang sewaan bangunan MPNM sejak 2015 hingga 2019.
Pengarah SPRM Melaka, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan reman kedua-dua suspek tersebut.
Mereka disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jun 16 2020
kedua-dua mereka ditahan kerana disyaki melakukan penyelewengan wang sewaan bangunan MPNM sejak 2015. Gambar/ Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Lima kereta rosak akibat bongkah konkrit jatuh dari atas bangunan
Kereta tersebut mengalami kerosakan di bahagian bumbung selain tingkap pecah dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi yang turut menyebabkan empat kereta lain terkena serpihan.
Serangan dron berterusan, Kiev beri amaran jelas kepada Rusia
Ukraine memberi amaran kepada Rusia konflik antara kedua-dua negara itu akan beralih ke wilayahnya tidak lama lagi.
Kemudahan mesra OKU di Malaysia masih rendah - Nancy
Perbincangan bersama kementerian lain dan penelitian dasar OKU di luar negara akan dilakukan bagi memastikan peningkatan di negara ini.
Tapak pembinaan bangunan 42 tingkat terbakar
Kebakaran berlaku di tapak projek pembangunan semula The Mariners' Club yang terletak di daerah Tsim Sha Tsui pada Khamis malam.
Runtuhan bangunan: Pihak penyelamat temui seorang mangsa lelaki
Penemuan itu berlaku pada hari ketiga SAR dijalankan bagi mengesan enam pekerja binaan yang dilaporkan hilang.
Rumah pekerja binaan musnah terbakar
Kebakaran berlaku di tingkat dua kawasan parkir yang dijadikan tempat tinggal pekerja dan penyimpanan peralatan pembinaan.
Seorang maut insiden rumah meletup di Michigan
Ketika kejadian, satu bunyi yang seakan bom meletup menyebabkan kawasan kejiranan bergegar dan bekalan elektrik terputus.
Letupan Dhaka: Tujuh terbunuh, 50 cedera
Pesuruhjaya Polis Dhaka, Shafiqul Islam berkata, tujuh bangunan berdekatan dan tiga bas mengalami kerosakan akibat letupan tersebut.
Mayat warga emas ditemui di tangga bangunan dalam pembinaan
Mayat lelaki warga emas lelaki ditemui orang awam selepas terhidu bau busuk di tangga sebuah bangunan dalam pembinaan.
Mayat lelaki ditemui terputus 2 terjatuh dari tingkat 26 kondominium
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terputus dua selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 26 sebuah kondominium di sini, hari ini.