KOTA KINABALU: Wan Amier Ashraf Yamin, 21, dan kakaknya Wan Arina Azrinor Yamin, 29, hari ini bersyukur dengan penuh rasa insaf terhadap kesungguhan ibu mereka yang mula menabung dengan Tabung Haji sejak mereka kecil lagi, sehingga membolehkan mereka menunaikan ibadah haji pada usia muda.
Ibu mereka Sharifah Norkaya Shah Latif, 57, seorang pesara guru, mula menyimpan duit untuk mereka di Tabung Haji ketika Wan Arina Azrinor berumur lima tahun, manakala adik lelakinya pula beberapa bulan selepas dilahirkan pada 2001.
"Ibu buat persediaan lebih awal apabila membuat tabungan untuk kami di Tabung Haji melalui potongan gaji. Kami sangat berterima kasih kepada kedua ibu bapa kami. Ini adalah tanda kasih sayang mereka kerana sentiasa memikirkan masa depan kami," kata Wan Arina Azrinor.
Kedua-dua mereka berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui di sini sejurus sebelum berlepas ke Kuala Lumpur malam tadi, untuk menyambung perjalanan seterusnya bagi menyahut panggilan baitullah.
Terdahulu kedua-dua adik beradik itu dihantar oleh ibu dan ayah mereka Yamin Ag Mahali, 57, ke Hotel Raia, dekat sini, bagi menghadiri majlis meraikan keberangkatan kumpulan pertama jemaah haji Sabah bagi musim ini yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Wan Arina Azrinor yang merupakan pelajar Sarjana Sains Akuakultur dari Universiti Malaysia Sabah berkata walaupun gementar, namun beliau cukup teruja serta gembira kerana dapat merealisasikan impian menjadi tetamu Allah dan mengerjakan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini dengan segala persiapan dibuat sejak sebulan lepas.
"Sebenarnya adik saya yang dapat tawaran, tetapi saya membuat rayuan untuk ikut (mengerjakan haji) bersama dengan dia kerana sebelum ini saya pernah mendapat tawaran tetapi memandangkan tiada mahram ketika itu, saya terpaksa menangguhkannya.
"Saya berasa gementar juga kerana biasanya jika ke mana-mana kami akan pergi bersama kedua ibu bapa, tetapi kali ini kami berdua sahaja tanpa mereka," kata anak sulung dua beradik itu sambil berharap akan sentiasa diberikan kesihatan baik sepanjang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci dan mendapat haji mabrur.
Kedua-dua adik beradik itu merupakan sebahagian daripada 142 jemaah haji dari Sabah yang berlepas ke Kuala Lumpur malam tadi sebelum meneruskan penerbangan ke Tanah Suci.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Wan Arina Azrinor dan Wan Amier Ashraf ketika sama-sama berlepas dari Kota Kinabalu, Sabah, bagi menunaikan ibadah haji tahun ini. --fotoBERNAMA
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Konflik Asia Barat: Jemaah Haji jangan bimbang, tumpu perhatian kepada ibadat - TH
Jemaah haji dinasihatkan untuk tidak merasa bimbang dengan konflik di Asia Barat dan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada ibadat haji mereka.
Kursus Perdana Haji lengkapi persiapan diri sebagai tetamu Allah - Peserta
Antara lain, kursus itu disifatkan bakal jemaah sebagai platform atau medan ulangkaji terakhir sebelum mereka semua menjadi tetamu Allah.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Penerbangan pertama jemaah haji 9 Mei, terakhir 9 Jun - Tabung Haji
Syed Hamadah berkata kuota rasmi jemaah haji bagi Malaysia kekal pada 31,600 orang seperti diumumkan kerajaan Arab Saudi sebelum ini.
Agihan keuntungan TH 2023 kekal 3.10 peratus
Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan berjumlah RM2.72 bilion itu bakal memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.
TH terima permohonan maaf pengadu, dakwaan wang hilang selesai
TH menerima permohonan maaf daripada seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sebelum ini mendakwa wang lebih RM30,000 dalam akaun TH miliknya hilang.
TH diarah perkukuh keselamatan aplikasi THiJARI
Mohd Naim berkata, TH telah membuat laporan polis berhubung dakwaan wang lesap melibatkan aplikasi THiJARI.
Pendeposit diingatkan tidak buka mesej, hantaran meragukan - TH
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Dividen Tabung Haji dijangka umum April ini - Mohd Na'im
Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan.