awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beradik didera ibu kandung, teman lelaki di Muar

Bernama
Bernama
03/10/2023
10:45 MYT
Dua beradik didera ibu kandung, teman lelaki di Muar
Dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima dan enam tahun dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelaki di sebuah kediaman di Jalan Meriam, dekat sini, dua minggu lepas. -Gambar hiasan
MUAR: Dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia lima dan enam tahun dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelaki di sebuah kediaman di Jalan Meriam, dekat sini, dua minggu lepas.
Kedua-dua suspek berusia 36 dan 38 tahun itu telah ditahan pada 2.30 petang, Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata seorang wanita warga Kemboja yang juga ibu kepada kanak-kanak malang itu dan teman lelaki warga tempatan ditahan susulan laporan yang dibuat oleh bapa kandung mangsa pada hari sama di balai Polis Muar.
Beliau berkata, lelaki berkenaan telah melihat kesan lebam ketika memandikan kedua-dua kanak-kanak itu, dipercayai akibat dipukul dengan rotan.
"Wanita ini disahkan tidak lagi tinggal bersama suaminya tetapi tinggal bersama suspek lelaki, dan disyaki telah memukul mangsa antara 16 hingga 26 Sept lepas.
"Kedua-dua mangsa kini mendapat rawatan lanjut di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata kedua-dua suspek ditahan reman hingga 6 Okt untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muar
#Jalan Meriam
#kanak-kanak perempuan
#wanita warga Kemboja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan