KOTA BHARU: Dua beradik maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di KM 37.5, Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu, lebih kurang pukul 7.10 malam ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata mangsa Nurul Atikah Mohd Zuhair, 23, dan Nurul Hanani Mohd Zuhair, 29, yang berasal dari Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kemalangan berlaku ketika pemandu kereta Perodua Viva dalam perjalanan balik dari Gong Kulim ke Telosan, Pasir Puteh telah hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal yang dibawa mangsa Nurul Atikah dan pemboncengnya Nurul Hanani.
"Akibat daripada perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak dan melambung ke bahu jalan arah ke Kuala Terengganu dan maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan.
Zaizul Rizal berkata mayat dua beradik itu dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk proses bedah siasat manakala pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
Kedua-dua mangsa yang berasal dari Kampung Gong Mengkeleh, Pasir Puteh, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Dua beradik maut dalam kemalangan jalan raya
Dua beradik maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal di KM 37.5, Jalan Kota Bharu ke Kuala Terengganu, lebih kurang pukul 7.10 malam ini.