KUALA KRAI: Kenduri perkahwinan abang menjadi majlis terakhir dihadiri oleh dua beradik apabila mereka maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 89, Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran simpang Manek Urai, di sini, pada petang Ahad.
Mangsa maut ialah penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh, Johor, Wan Abdul Azim Wan Zamani, 25, yang memandu kereta jenis Proton Saga dan abangnya, Wan Abdullah, 34, yang duduk di kerusi penumpang hadapan.
Pemandu lori jenis Hino iaitu lelaki berusia 45 tahun pula tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, dua beradik tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.
Menurutnya, sebelum kejadian, Wan Abdul Azim dan Wan Abdullah dalam perjalanan menghala ke Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur selepas menghadiri kenduri perkahwinan abang mereka di Bachok.
“Kereta dipandu Wan Abdul Azim dari arah Manek Urai menghala ke arah Kuala Krai dan sampai di lokasi kejadian secara tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan serta melanggar sebuah lori.
“Akibat daripada pelanggaran tersebut, kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Suzaimi berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat.
“Kemalangan berpunca daripada kereta yang hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan berlanggar sebuah lori sehingga menyebabkan kematian.
“Siasatan bagaimanapun masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, pihaknya menggunakan alat pemisah dan pemotong besi bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit.
“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 3.59 petang dan setibanya di lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Saga dan lori seberat 10 tan.
"Mereka yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dapat dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 26 2021
Kereta dinaiki dua beradik bertembung dengan lori di Manik Urai, Kuala Krai pada Ahad. -Foto Sinar Harian
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Pasukan mendayung UTHM rangkul pingat gangsa di China
Pasukan mendayung negara yang dibarisi atlet pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia berjaya merangkul pingat gangsa dalam Kejohanan Nanjing International Universities Rowing Regatta.
Dua beradik maut nahas jalan raya selepas hadiri kenduri kahwin abang
Dua beradik tersebut meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada badan dan kepala.
UTHM di tangga ke-247 dalam Asia University Ranking 2022
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga 247 dalam Asia University Ranking 2022 berbanding kedudukan berjulat 291-300 pada tahun sebelumnya.
Kerajaan benarkan penglibatan NGO berkaitan kesihatan bantu program vaksinasi - Dr Adham
Kerajaan membuka penglibatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berkaitan kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), bermula hari ini.
129,835 tawaran kemasukan ke IPTA bagi sesi akademik 2021/2022
Seramai 129,835 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 ditawarkan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi kemasukan sesi akademik 2021/2022 bermula September ini.
Mempercepat vaksinasi melalui khidmat pengangkutan awam bergerak
Khidmat pengangkutan awam bergerak merupakan salah satu inisiatif dan langkah tepat untuk mempercepatkan pemberian vaksin.
UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
Integriti, kualiti dan peperiksaan buka-buku
Pada tahun 1998, ketika tahun kedua pengajian Sarjana Muda masih saya ingat betapa terujanya kami apabila pensyarah kursus Sains Bahan Dr Sam Ramrattan, pensyarah menerusi program The Midwest Universi
Perebutan hak dan kuasa konservasi hidupan liar perlu ditangani segera
Ini bukanlah isu baru yang timbul, tetapi anehnya masih tiada penyelesaian mutlak bagi hal ini.
Cabaran pilihan raya kampus tanpa berada di kampus
Walaupun ekosistem kampus mengalami fasa 'gangguan' pandemik COVID-19, wakil yang membawa suara pemegang taruh utama di Universiti tetap perlu dipilih dengan telus dan penuh kesaksamaan.