SHAH ALAM: Dua beradik ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah teres di Kampung Simpang Tiga, Gombak, awal pagi tadi.
Mangsa yang maut ialah Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan berusia tujuh tahun.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.54 pagi dan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dan Rawang serta Pasukan Bomba Sukarela Gombak telah diarahkan ke lokasi kejadian.
"Mangsa ditemukan rentung di sebuah bilik dan dipercayai terperangkap ketika kejadian berdasarkan keadaan mayat. Kebakaran itu melibatkan kemusnahan dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rumah dan kedua-dua mangsa dibawa keluar pada 4.43 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata ketika kejadian, ibu bapa mangsa tidak berada di rumah dan pintu rumah telah dikunci.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata mayat dua kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurutnya ibu bapa kanak-kanak yang maut dalam kebakaran itu akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.
Bernama
Mon Jan 02 2023
Anggota bomba melakukan operasi memadam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Dewan Simpang Tiga Kampung Tanguit Gombak. -Foto Sinar Harian
AWS- Mesolitica umum kerjasama bangunkan LLM, MaLLaM
Syarikat pemula niaga Malaysia yang menumpukan latihan Model Bahasa Besar (LLM) telah membangunkan LLM kecerdasan buatan (AI) generatif bahasa Melayu yang dipanggil MaLLaM bagi perkhidmatan awannya.
Gegar Vaganza 11: Masih kekal nombor satu, Liza Aziz anggap macam "show sahaja”
Liza gembira dan berpuas hati sebab penonton menyukai persembahannya di Gegar Vaganza 11.
AWANI Pagi: Ancaman penyakit pasca banjir
AWANI Pagi 8.30 pagi akan bersama dua wakil di pantai timur, Muhafandi Muhamad dan Nur Fazlizai Ali, mengenai ancaman penyakit berisiko ketika bencana da juga persediaan menghadapi gelombang banjir kedua.
ABM's 50 Years of Impact: Fostering sustainability and socio-economic growth
This conversation delves into the association 50-year journey, highlighting their commitment to social inclusion, enriching lives, and fostering sustainable future, using real-world examples during covid to illustrate their positive socio-economic change with Executive Director of ABM (The Association of Banks in Malaysia), Dr Amina Josetta Kayani.
AWS re:Invent 2024: Banyak syarikat masih lemah soal keselamatan siber
Setiap hari beribu cubaan serangan siber dilakukan terhadap syarikat tidak kira latar. Ia sebagai cubaan untuk mengodam data mereka khususnya data pendua. Justeru keselamatan siber amat penting untuk menjamin data yang selamat. Editor Kanan Astro AWANI Najib Aroff bertemu CEO Cohesity untuk melihat trend keselamatan siber dan bagaimana AI boleh membantu.
Rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat terus ambil langkah waspada
Walauapun keadaan di Korea Selatan sudah kembali pulih, namun, rakyat Malaysia harus mengambil langkah keselamatan dan kekal berwaspada.
Konflik Korea Selatan: KOSPI jatuh hampir dua peratus
KOSPI mengalami penurunan ketara sebanyak 1.97 peratus iaitu 2,440 mata pada pembukaan pagi ini.
Khabib Nurmagomedov bakal buka gim di Johor
Pembukaan gim itu merupakan tanda komited Kerajaan Negeri Johor dalam pembangunan fasiliti sukan bertaraf dunia.
[Data & Statistics] The Asia Dow Index USD Overview, 4 December 2024
A complete The Asia Dow Index USD index overview by MarketWatch. View stock market news, stock market data and trading information.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
Index provider Dow Jones Indexes has launched the Asia Dow to measure Asian equity markets through the tracking of 30 leading blue-chip.
[Data & Statistik] Perkembangan terkini prestasi KOSPI dan mata wang Won
Pasaran saham Korea Selatan, KOSPI, dan mata wang Won terus menjadi perhatian, mencerminkan ketegangan geopolitik dan perubahan ekonomi global. Adakah pemulihan atau tekanan baharu akan mendominasi?
Dua beradik maut rumah terbakar
Semasa kejadian, ibu bapa mangsa tiada di rumah dan mangsa dipercayai cuba keluar berdasarkan keadaan mayat, namun pintu jeriji dalam keadaan terkunci.