LABUAN: Dua murid Sekolah Antarabangsa Labuan (LIS) yang juga adik-beradik iaitu Jewel Chieng Shao Li dan Nathania Chieng Shao Yin telah memenangi Cabaran TikTok 'Malaysia: Ekspresi Kemerdekaan' 2021 anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) sempena sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
Jewel, yang berada di Tahun 10, dan Nathania di Tahun 8, merangkul RM1,500 bagi video TikTok mereka yang berjudul 'Malaysia Is Where My Heart Is' di bawah kategori sekolah antarabangsa dan kemenangan mereka diumumkan secara maya pada 16 Sept.
Pertandingan itu, dengan tema 'Malaysia Di Mataku,' bertujuan memupuk semangat patriotisme, menghargai kemerdekaan dan kemajuan yang dicapai oleh negara tercinta.
Pengetua LIS Fadlin Aimuni Binting berkata kriteria penghakiman termasuk kreativiti peserta, kandungan dan kemahiran menyunting.
"Berbekalkan panduan daripada guru seni persembahan LIS serta ibu kedua-dua beradik iaitu Jessica Lee, Jewel dan Nathania berjaya menarik perhatian hakim dengan nyanyian serta tarian mereka.
"Kandungan video mereka diselang-seli dengan imej rakyat Malaysia, festival kebangsaan dan makanan tradisi. Tidak diragukan lagi, video itu yang memasukkan pemandangan indah di Labuan, turut mempromosi Labuan ke seluruh Malaysia," katanya.
Jewel pula berkata Hari Kebangsaan merupakan detik terbaik untuk rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan kepada negara dan saling bekerjasama demi kebaikan negara.
"Marilah kita menghargai semua yang kita miliki dan meraikan kemerdekaan kita... Hari Kebangsaan ialah hari kita memberikan penghormatan kepada negara kita yang indah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Jewel dan Nathania merangkul RM1,500 bagi video TikTok mereka yang berjudul 'Malaysia Is Where My Heart Is'. - Foto BERNAMA
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dua beradik menang Cabaran TikTok 'Malaysia: Ekspresi Kemerdekaan'
Pertandingan itu bertujuan memupuk semangat patriotisme, menghargai kemerdekaan dan kemajuan yang dicapai oleh negara tercinta.