MELAKA TENGAH: Seorang wanita tersepit di rak jualan manakala anaknya cedera selepas gerai jualan cencaluk dan belacan yang diusahakan mereka ranap dirempuh sebuah kereta di Jalan Klebang Besar, Kampung Pinang Batang Tiga, Lereh, di sini, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa Junaidah Maarof, 45, cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki selepas tersepit antara kereta dan rak jualan manakala anak perempuannya Rabiatul Adawiyah Abu Bakar, 23, cedera di bahagian kaki.
Menceritakan hal itu, suami Junaidah, Abu Bakar Abd Aziz, 56, berkata, ketika kejadian dia yang berada di bahagian luar gerai sedang berbual dengan isteri sementara anaknya berada di dalam gerai.
Bagaimanapun, secara tiba-tiba sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Peugeot yang melalui jalan berkenaan terbabas dan merempuh gerai jualannya yang sudah berusia lebih 20 tahun itu.
“Saya sedang berbual dengan isteri dan anak perempuan, tetapi secara tiba-tiba kereta yang dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an langgar gerai saya dan bunyi dentuman memang kuat.
“Isteri saya tersepit dekat besi rak jualan yang mana rak itu berada di bahagian luar kedai, namun disebabkan rempuhan berkenaan rak itu termasuk ke dalam kedai sekali dan anak perempuan saya tercedera di bahagian kaki,” katanya.
Menurut Abu Bakar, dia yang pada mulanya tergamam dengan kejadian itu terus bertindak mengeluarkan isterinya selain pemandu kereta serta seorang penumpang wanita kenderaan berkenaan turut tersepit dan dibantu oleh orang awam.
“Kereta itu dari arah Klebang menghala ke Tanjung Kling dan nasib baik ketika kejadian ada pasukan bomba melalui kawasan ini dan terus memberikan bantuan.
“Isteri dan anak saya kemudian terus dibawa ke hospital dan ketika kejadian itu saya juga ada terdengar jeritan pemandu dan penumpang kereta itu memandangkan mereka juga tersepit dan mereka turut dikejar ke hospital,” jelasnya.
Rempuhan itu menyebabkan Abu Bakar mengalami kerugian lebih RM20,000 termasuk kerosakan motosikal milik dia dan anaknya.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jan 31 2023
Sebuah kenderaan SUV merempuh gerai jualan cencaluk dan belacan di Jalan Klebang Besar, Kampung Pinang Batang Tiga, Lereh, Melaka Tengah, tengah hari tadi. - Gambar Astro AWANI
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Dua beranak cedera, gerai cencaluk ranap dirempuh
Gerai jualan cencaluk dan belacan di Jalan Klebang Besar, dirempuh sebuah kenderaan SUV.