awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak ditahan kes bunuh pemandu e-panggilan

Bernama
Bernama
08/07/2025
07:30 MYT
Dua beranak ditahan kes bunuh pemandu e-panggilan
Bapa dan anak lelakinya ditahan antara 26 hingga 28 Jun lepas, setelah bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat unsur jenayah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua beranak selepas disyaki terlibat kes pembunuhan seorang pemandu e-panggilan yang dipercayai berhutang dengan mereka, di sebuah rumah di Taman Pandan Perdana, Ampang di Selangor, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Polis menahan dua beranak, berusia 73 dan 36 tahun, disyaki membunuh pemandu e-panggilan yang dipercayai berhutang dengan mereka; kes berlaku di Taman Pandan Perdana, Ampang.
  • Laporan bedah siasat mengesahkan unsur jenayah, dengan punca kematian akibat jangkitan kuman pada otot akibat kecederaan fizikal; barang kes seperti rotan buluh dan playar dirampas.
  • Kedua-dua suspek direman 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan bunuh.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata bapa dan anak lelakinya, masing-masing berusia 73 dan 36 tahun itu ditahan antara 26 hingga 28 Jun lepas, setelah bedah siasat terhadap mangsa mendapati terdapat unsur jenayah.
Beliau berkata polis turut merampas rotan buluh dan playar boleh laras.
Polis menerima maklumat mengenai kematian lelaki berusia 37 tahun terbabit di kediaman kedua-dua suspek daripada petugas kesihatan Hospital Kuala Lumpur pada 7.16 petang, 22 Jun lepas.
Mohd Azam berkata anggota polis kemudian ke lokasi kejadian dan siasatan awal mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.
"Selepas bedah siasat dijalankan di Hospital Ampang dan laporan diperoleh pada 23 Julai lepas, didapati terdapat unsur jenayah, punca kematian mangsa adalah kerana jangkitan kuman pada otot disebabkan kecederaan pada kulit dan tulang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua suspek yang bekerja sendiri itu direman 14 hari bermula 27 Jun lepas hingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua beranak ditahan
#bunuh pemandu e-panggilan
#Polis Ampang Jaya
#berhutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan