awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua beranak rentung dalam kebakaran di Sungai Buloh

Bernama
Bernama
11/09/2025
06:45 MYT
Dua beranak rentung dalam kebakaran di Sungai Buloh
Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat terbakar 80 peratus. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Dua beranak warga emas ditemukan rentung selepas rumah teres satu tingkat yang didiami oleh mereka di Kampung Sri Indah A, Sungai Buloh, dekat sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Dua beranak warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah teres satu tingkat di Kampung Sri Indah A, Sungai Buloh; kebakaran berlaku sekitar 12.50 tengah malam dan melibatkan 80 peratus kemusnahan rumah.
  • Operasi pemadaman melibatkan 28 anggota dari empat balai bomba serta lapan jentera; dua kereta turut musnah dalam kebakaran dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM di lokasi.
  • Unit K9 JBPM dikerah untuk siasatan forensik, dan operasi ulangan serta kerja overhaul dijalankan bagi memastikan kebakaran tidak berulang; mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.50 tengah malam sebelum jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi 10 minit kemudian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres satu tingkat yang terbakar 80 peratus. Dua mangsa lelaki masing-masing bapa berusia 94 tahun dan anaknya berumur 62 tahun ditemukan rentung di dalam rumah berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi turut dibantu BBP Damansara, BBP Rawang dan BBP Bukit Jelutong melibatkan kekuatan 28 anggota dengan lapan jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT), Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta lori tangki air.
"Kebakaran itu turut memusnahkan dua kereta, iaitu Perodua Alza dan Perodua Kancil yang masing-masing terbakar 80 peratus," katanya.
Menurut Ahmad Mukhlis, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 3.40 pagi manakala kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
Beliau berkata unit anjing pengesan K9 JBPM dikerahkan untuk membantu siasatan forensik dan mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Pagi ini, pasukan bomba telah kembali ke lokasi untuk operasi ulangan dan kerja-kerja overhaul bagi memastikan kebakaran tidak berulang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran rumah
#dua beranak maut
#mayat rentung
#Sungai Buloh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan