awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua bot pelancong tiada lesen, insurans tamat tempoh ditahan

Bernama
Bernama
04/07/2022
10:34 MYT
Dua bot pelancong tiada lesen, insurans tamat tempoh ditahan
Pengusaha bot yang membawa penumpang atau pelancong di laut dinasihat supaya mematuhi undang-undang serta peraturan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. - Gambar/ Maritim Malaysia
GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua bot penumpang kerana membawa pelancong tanpa lesen sah dan insurans tamat tempoh di Teluk Bahang, dekat sini semalam.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Pulau Pinang Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata bot pertama yang dikendalikan lelaki berusia 68 tahun ditahan di kedudukan 0.2 batu nautika barat Teluk Bahang pada 3 petang.
Beliau berkata bot kedua dikendalikan lelaki berusia 48 tahun pula ditahan di kedudukan 0.54 batu nautika utara Teluk Bahang pada 3.30 petang.
"Ketika ditahan, kedua-dua bot itu sedang membawa sejumlah pelancong," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nak Rong berkata bot dan kedua-dua lelaki berkenaan dibawa ke Maritim Malaysia Pulau Pinang untuk siasatan lanjut mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insurans tamat tempoh.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengusaha bot yang membawa penumpang atau pelancong di laut supaya mematuhi undang-undang serta peraturan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#bot pelancong
#tiada insurans
#Teluk Bahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan