awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua cedera, pokok tumbang hempap kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/01/2022
16:15 MYT
Dua cedera, pokok tumbang hempap kereta
Dua orang cedera apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Ipoh - Lumut, berhampiran pusat membeli belah AEON Falim, dekat sini, petang Jumaat. - Foto JBPM
IPOH: Dua orang cedera apabila kereta yang mereka naiki dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Ipoh - Lumut, berhampiran pusat membeli belah AEON Falim, dekat sini, petang Jumaat.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4.35 petang.
Katanya, sebatang pokok telah tumbang menimpa sebuah kereta Perodua Viva dan terdapat dua mangsa perempuan berusia 15 dan 45 tahun tersepit di dalam kereta tersebut.
“Anggota menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa sebelum anggota EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan) memberi rawatan awal kepada mereka berdua,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut jurucakap itu, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Hariri Mat Sabri tamat pada 5.17 petang.
Topic Berkaitan
#Pokok tumbang
#Jalan Ipoh-Lumut
#JBPM Perak
#cedera
#Perodua Viva
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan