awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag buka tirai esok
Penjawat awam rugi RM150,000 diperdaya 'phone scam'
Liga Perak Sejahtera Inter Parlimen platform cungkil bakat muda bola sepak Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua das tembakan dilepaskan depan pusat hiburan

Sinar Harian
Sinar Harian
08/01/2026
04:10 MYT
Dua das tembakan dilepaskan depan pusat hiburan
Bunyi letupan dipercayai berpunca daripada tembakan di hadapan sebuah pusat hiburan di Melaka Raya, didengari awal pagi ini. - Foto Sinar Harian
MELAKA: Bunyi letupan yang didengari awal pagi Khamis dipercayai berpunca daripada tembakan di hadapan sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
Difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi apabila salah seorang daripada dua individu terbabit melepaskan tembakan selepas tercetus pergaduhan.
Menurut saksi kejadian, mereka terdengar bunyi seperti tembakan namun tidak mengesyaki perkara serius kerana menyangka ia hanya pergaduhan biasa atau bunyi muzik pusat hiburan.
“Saya terdengar bunyi seperti dua das tembakan sekitar jam 4 pagi tetapi tidak mengendahkannya.
“Pagi tadi sekitar jam 6 pagi, saya nampak beberapa anggota polis bersama anjing K9 datang dan mengutip dua kelongsong peluru di hadapan pusat hiburan itu,” katanya.
Cermin sebuah kereta pecah susulan pergaduhan dua individu berkenaan.
Cermin sebuah kereta pecah susulan pergaduhan dua individu berkenaan. - Foto Sinar Harian
Seorang pekerja pembersihan pula berkata, kejadian itu turut mengakibatkan cermin sebuah kereta Perodua Myvi pecah sebelum salah seorang individu melepaskan tembakan.
Bagaimanapun katanya, tembakan dipercayai tidak mengenai sasaran dan tiada kecederaan dilaporkan.
Seorang lagi pekerja hotel berhampiran memaklumkan hanya menyedari kejadian itu selepas melihat polis menutup jalan di lokasi kejadian sekitar jam 7 pagi.
Sementara itu, Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan berhubung kejadian tersebut daripada Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pusat hiburan
#tembakan
#Melaka
#gaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan