awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua geng 'tow truck' bergaduh di Kampung Malaysia Tambahan, 10 ditahan reman

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
03/10/2023
09:47 MYT
Dua geng 'tow truck' bergaduh di Kampung Malaysia Tambahan, 10 ditahan reman
Sepuluh lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras ditahan reman dua hari. -Foto IPD Cheras
KUALA LUMPUR: Sepuluh lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini, ditahan reman dua hari.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, sebelum ini pihaknya menahan lapan individu dan susulan itu dua lagi lelaki ditahan awal pagi Selasa di sekitar ibu negara.
"Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang tidak mematuhi undang-undang negara dan tindakan tegas akan diambil demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Menurut Zam Halim, siasatan ke atas semua 10 suspek itu akan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan.
Sebelum ini, lapan lelaki ditahan polis selepas menerima maklumat daripada orang ramai pada jam 1.37 pagi berhubung satu insiden rusuhan menggunakan senjata ekoran berebut untuk menunda kereta yang terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras, di sini.
Topic Berkaitan
#berebut kereta
#gaduh
#Polis Diraja Malaysia
#merusuh menggunakan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan