MALAYSIA
Dua individu ditahan halang tugas polis ketika perhimpunan pro-Palestin

Dalam kekecohan itu, seorang anggota polis cedera di mulut selepas disiku seorang peserta ketika kawalan keselamatan dijalankan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pihak polis mengesahkan telah menahan dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun kerana dipercayai menghalang anggotanya menjalankan tugas ketika perhimpunan aman pro-Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Polis menahan dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun kerana menghalang tugas anggota polis semasa perhimpunan aman pro-Palestin di hadapan Kedutaan AS, menyebabkan seorang anggota cedera di mulut.
- Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan; polis menegaskan hak berhimpun dihormati tetapi tindakan tegas akan diambil terhadap pelanggaran undang-undang.
- Video penahanan seorang aktivis pro-Palestin tular di media sosial, mencetuskan perhatian awam terhadap insiden tersebut.
"Susulan itu, polis menahan dua lelaki terbabit dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Khamis.
Fadil menegaskan, polis sentiasa menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun secara aman dan bersedia memberi kerjasama serta bantuan kawalan keselamatan.
"Namun, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar undang-undang.
"Penganjur dan peserta dinasihatkan mematuhi semua peraturan ketika berhimpun selaras dengan hak kebebasan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 54 saat di Facebook yang memaparkan penahanan seorang aktivis pro-Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami