awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua individu yang rentung dalam kemalangan kereta disahkan suami isteri

Bernama
Bernama
07/09/2023
13:31 MYT
Dua individu yang rentung dalam kemalangan kereta disahkan suami isteri
Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, Selangor. - Foto JBPM
KUALA LUMPUR: Dua individu yang rentung dalam kemalangan di Jalan Kuala Garing, Rawang, dekat sini pagi tadi disahkan sebagai pasangan suami isteri.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kedua-dua mangsa yang merupakan warga tempatan itu masing-masing berumur 26 dan 23 tahun.
Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 4.30 pagi tadi.
"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City dinaiki pasangan itu dari arah Bandar Country Homes menghala ke Rawang telah hilang kawalan.
Ia kemudian memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah lori dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun sebelum kedua-dua kenderaan itu terbakar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Ariffin berkata pasangan itu gagal diselamatkan daripada kebakaran itu, manakala pemandu lori terlibat berjaya menyelamatkan dirinya dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Pasangan itu telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Jalan Kuala Garing
#Polis Daerah Gombak
#pasangan suami isteri
#Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan