awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua jurujual maut, MPV terbabas langgar lopak air

Sinar Harian
Sinar Harian
18/11/2024
01:20 MYT
Dua jurujual maut, MPV terbabas langgar lopak air
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa selepas terbabit kemalangan di KM45 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang Ahad. - Foto Sinar Harian
MARANG: Dua jurujual maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki bersama dua lagi rakannya melanggar lopak air sebelum terbabas dan merempuh pokok.
Kejadian berlaku di Kilometer (KM) 45 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kampung Pasir Putih Merchang, Marang, kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad.
Mangsa maut dikenali sebagai Ahmad Farid Izwan Mohd, 24, dan rakannya Muhammad Amir Ikmal Hashim, 20.
Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa dari arah Kemaman menghala ke Kuala Terengganu.
Menurutnya, kenderaan jenis Nissan Grand Livina itu terlanggar lopak air di selekoh lalu terbabas sebelum merempuh pokok yang berada di kiri jalan.
"Kedua-dua mangsa yang berada di tempat duduk belakang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Pemandu kenderaan, Muhammad Shafiq Aizad Yusaini, 26, serta penumpang hadapan, Muhammad Razlan Rashidi Abd Razak, 19, cedera di bahagian kepala dan lengan.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut manakala mangsa yang maut dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta terbabas
#langgar lopak air
#Marang
#jurujual maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan