Peningkatan dua kali ganda peruntukan bagi menguruskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang adalah bagi menanggung kenaikan kos logistik.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya yang baru, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata peningkatan itu tidak dapat dielakkan dan tidak adil jika dibandingkan dengan kos pilihan raya yang sama lima tahun lalu.
SPR memperuntukan RM181 juta bagi pilihan raya negeri akan datang berbanding RM78 juta bagi pilihan raya negeri 2011.
"Zaman sekarang keadaan ini banyak barang-barang yang naik dan sebagainya jadi ia akan meningkat. Jangan tengok masa pilihan raya dulu, kita tengok pada masa sekarang itu yang meningkat dan jumlah itu adalah sama di kawasan tu sama tempat, nak pergi pun sama tetapi sewa kenderaan mungkin naik, sewa helikopter pun naik, makan minum semuanya naik itu menyebabkan kos naiklah," katanya selepas menerima nota serah tugas sebagai Pengerusi SPR daripada Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof di ibu pejabat SPR di sini.
Jelasnya, SPR sudah bersedia melaksanakan pilihan raya negeri Sarawak pada bila-bila masa mengikut tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Mengulas mengenai tugasan barunya itu, beliau berkata akan meneruskan rekod sempurna Abdul Aziz dan tidak akan membuat sebarang perubahan dari aspek pengurusan SPR.
"SPR tidak buat keputusan berdasarkan individu, dia tidak buat keputusan berdasarkan pengerusi dan sebagainya kerana kita kena rujuk kepada perlembagaan kerana dalam perlembagaan kata apa di dalam akta kata apa, maka kita ada panduan yang cukup kemas jadi tak boleh lah saya kata ada perubahan ada pembaharuan dan sebagainya.
"Saya pula mengambil alih kesempurnaan daripada Tan Sri Aziz," katanya.
Anthea Yap
Fri Jan 22 2016
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) menyerahkan dokumen nota serah tugas Pengerusi SPR kepada Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah (kiri) pada majlis perasmian Galeri Abdul Aziz hari ini. - Foto Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Peguam Azhar Azizan dilantik Pengerusi SPR - KSN
Pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
Tempoh perkhidmatan pengerusi SPR dipendekkan
Tempoh perkhidmatan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipendekkan berkuat kuasa 1 Julai ini.
Pengerusi SPR nafi hadir ke rumah bekas PM, lempar kata kesat
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menafikan beliau telah hadir ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengeluarkan kenyataan kesat.
Lima negeri bentuk kerajaan negeri
Hashim berkata Barisan Nasional (BN) mendapat mandat semula untuk membentuk kerajaan negeri di Perlis dan Pahang.
8,253 pusat mengundi ditutup tepat 5 petang - Pengerusi SPR
Kesemua 8,253 pusat mengundi seluruh negara ditutup tepat pada 5 petang ini, sebagaimana diwartakan mengikut Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
Tepat pukul 5 petang ditutup, tiada lanjutan! - SPR
Tiada lanjutan tempoh pengundian walaupun barisan beratur panjang.
SPR akan siasat aduan undi pos tidak sampai
Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata pihaknya telah menerima aduan berhubung perkara ini dan memandang serius terhadapnya.
Jangan percaya mesej palsu di media sosial - SPR
Penyebaran pelbagai mesej palsu berbentuk video, teks dan gambar di media sosial kini semakin rancak menjelang hari pengundian PRU14.
Pemerhati antarabangsa pantau PRU14 tiba di Malaysia
Kumpulan pertama pemerhati dari Maldives yang diketuai Pengerusi Election Commission of Maldives Ahmed Shareef, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada 7.20 pagi tadi.
Bolehkah salinan laporan kehilangan MyKad diguna untuk mengundi?
Para pengundi yang kehilangan kad pengenalan masih boleh mengundi dengan membawa salinan laporan kehilangan kad pengenalan bergambar sebagai bukti pengenalan diri.