awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kanak-kanak dikhuatiri hanyut dibawa arus banjir di Keningau

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
25/09/2024
05:33 MYT
Dua kanak-kanak dikhuatiri hanyut dibawa arus banjir di Keningau
Terdapat tujuh orang mangsa hanyut dibawa arus ketika banjir di tempat kediaman rumah mangsa pada jam 5 petang, kelmarin. - Foto JBPM
SOOK: Seorang bayi berusia dua bulan bersama seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikhuatiri hanyut dibawa arus deras dalam kejadian banjir di Kampung Dalit, Sook di Keningau pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Faisal Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.06 malam tadi.
Katanya, seramai lima anggota bomba dari BBP Sook dan empat anggota dari BBP Keningau telah dikejarkan ke lokasi dengan jarak sejauh 110 kilometer.
"Menurut pengadu, terdapat tujuh orang mangsa hanyut dibawa arus ketika banjir di tempat kediaman rumah mangsa pada jam 5 petang, kelmarin.
"Lima mangsa selamat, manakala dua lagi masih hilang yang merupakan bayi dua bulan dan kanak-kanak dua tahun.
"Pasukan Bomba dari BBP Keningau yang berada di lokasi sedang mendapatkan maklumat kesemua mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dilakukan dan maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#dua kanak-kanak hanyut
#banjir Keningau
#JBPM Sabah
#operasi mencari dan menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan