BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM14,547, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Kamarul Rizal Jenal berkata, mereka masing-masing berusia 20 dan 51 tahun itu ditahan secara berasingan oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Barat Daya, pada Rabu.
"Wanita berusia 20 tahun itu ditahan di Bayan Lepas susulan laporan polis dibuat mangsa dalam kejadian di Bayan Baru yang kerugian RM10,668 selepas diperdaya sindiket penipuan dalam urusan pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud.
"Lelaki itu pula ditahan di Bayan Lepas bersangkut laporan polis di Sungai Korok dan dia menjadi keldai akaun sindiket penipuan yang memperdaya dalam urusan pinjaman wang dalam talian yang tidak wujud, dalam kes tersebut mangsa kerugian RM3,859.50," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Polis menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM14,547, baru-baru ini. - Gambar hiasan
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
Tiga keldai ditahan babitkan kerugian RM41,447.70
Polis menahan tiga lelaki yang dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian RM41,447.70, dalam kejadian baru-baru ini.
Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000
Seorang penjual cermin mata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang lelaki lebih RM600,000, tahun lepas.
Sindiket jual kad ATM tumpas, 2 pegawai bank antara 16 ditahan
Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket penjualan kad mesin juruwang automatik (ATM) untuk dijadikan keldai akaun dengan penahanan 16 individu termasuk dua pegawai bank.
Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532
Menurut polis, kesemua mereka ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
80 individu ditahan kerana jadi 'keldai akaun' sindiket penipuan
Seramai 80 individu ditahan di Sibu sejak Januari lalu kerana disyaki menjadi 'keldai akaun' dengan menyerahkan maklumat bank kepada sindiket untuk tujuan penipuan.
Polis tahan 4 keldai akaun sindiket penipuan babit kerugian lebih RM100,000
Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita disyaki menjadi 'keldai akaun' kepada beberapa sindiket penipuan di Pulau Pinang.
Lelaki rugi lebih RM400,000 terperdaya janji kenalan
Mangsa percaya telah ditipu selepas lelaki terbabit gagal dikesan dan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.