awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kereta dihempap pokok tumbang

Sinar Harian
Sinar Harian
31/12/2021
22:37 MYT
Dua kereta dihempap pokok tumbang
Kedua-dua kereta mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dalam kejadian pokok tumbang susulan angin kencang dan hujan lebat pada Jumaat. - Foto Sinar Harian/JBPM KL
KUALA LUMPUR: Dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju di sini pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.
"Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat pokok tumbang menghempap kereta Honda Civic dan Perodua Myvi yang diletakkan di jalan berkenaan hingga menyebabkan remuk dan rosak," kata kenyataan itu pada Jumaat.
Keadaan dua buah kereta yang dihempap pokok tumbang susulan angin kencang dan hujan lebat pada Jumaat.
Menurut kenyataan itu, pokok tersebut tumbang susulan anging kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.
Tambahnya, anggota bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok itu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
"Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta remuk
#JBPM KL
#Pokok tumbang
#pokok hempap kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan