awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
Pekerja Disney World cedera halang 'batu gergasi' Indiana Jones rempuh penonton
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua kereta remuk dihempap lori tangki

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2022
22:40 MYT
Dua kereta remuk dihempap lori tangki
Kereta remuk dihempap lori tangki di Jalan Simpang Tiga, Parit. - Foto ihsan pembaca
PARIT: Dua kereta yang diparkir di tepi jalan mengalami kerosakan apabila dihempap lori tangki yang terbalik dalam kejadian di Jalan Simpang Tiga, Buloh Akar di sini pada Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang itu, kereta Proton Saga dan Proton Wira remuk, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, lori tangki yang dipandu lelaki berusia 22 tahun dalam perjalanan dari Beruas menuju ke Parit.
"Kedua-dua kereta diletakkan di tepi jalan. Apabila hendak melalui lokasi kejadian, lori tangki terbabit dipercayai hilang kawalan.
"Keadaan itu menyebabkan kenderaan berat terbabit terbalik lalu menghempap kereta tersebut. Bagaimanapun, pemandu kereta tiada dalam kenderaan," katanya.
Menurutnya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat mengikut Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lori tangki
#Remuk
#kereta
#dihempap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan