MALAYSIA
Dua kereta terbalik, berpusing di lebuh raya

Rakaman video dua kereta yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 349.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sungkai ke Bidor. -Sinar Harian/Video tular
TAPAH: Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam nahas membabitkan dua kenderaan di lebuh raya dari Sungkai menghala ke Bidor sebagaimana video tular pada Isnin.
Ringkasan AI
- Dua kereta terlibat dalam kemalangan di Kilometer 349.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Sungkai ke Bidor, menyebabkan kedua-duanya berpusing dan salah satu terbalik, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
- Kejadian berlaku apabila Perodua Bezza dipandu seorang wanita hilang kawalan dan melanggar belakang Toyota Vios, menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabas; kedua-dua pemandu hanya mengalami cedera ringan.
- Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan, dengan kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk dan video kejadian tular mencetuskan pelbagai reaksi warganet.
"Akibat pelanggaran itu, Toyota Vios terbabas lalu berpusing dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan manakala Perodua Bezza turut berpusing dan terbalik di lorong kiri lebuh raya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan lurus dengan dua lorong dipisahkan oleh pembahagi jalan dalam cuaca siang dan permukaan jalan kering.
Tambahnya, tiada tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
"Dalam kes ini, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan dan belakang serta keseluruhan kenderaan," katanya.
Visual kejadian yang dirakam kamera papan pemuka atau dashcam tersebut menunjukkan dua kereta berpusing dengan sebuah daripadanya terbalik.
Keadaan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna jalan raya dan warganet yang meluahkan rasa cemas melihat situasi yang hampir meragut nyawa. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami