awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi ditahan berhubung kes rompakan cip mikro RM800,000 di Pulau Pinang

Bernama
Bernama
23/12/2013
03:57 MYT
Dua lagi ditahan berhubung kes rompakan cip mikro RM800,000 di Pulau Pinang
A. Thaiveegan - Gambar Fail
Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes rompakan cip mikro bernilai RM800,000 milik sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata mereka yang berusia sekitar 30-an dan 40-an itu ditahan di Ipoh, Perak sehari selepas kejadian.
Setakat ini polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori berusia 40-an yang ditahan pada malam kejadian.
"Seorang dari suspek ada rekod jenayah dadah. Sasaran kita kini ialah untuk menjejaki suspek utama yang dipercayai berada di luar Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Thaiveegan berkata siasatan masih dijalankan sementara baki 10 kotak cip masih belum ditemui.
Beliau juga berkata nilai cip mikro yang keseluruhan terdapat dalam 22 kotak dan dirompak pada pukul 9 malam itu sebenarnya bernilai RM1.5 juta dan bukan RM5 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.
Daripada jumlah 22 kotak cip itu, sebanyak 12 kotak ditemui semula dalam sebuah lori berhampiran tempat kejadian setelah polis mengesan kedudukan lori itu menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS). Polis percaya rompakan itu turut membabitkan orang dalam.
Topic Berkaitan
#CIP
#rompakan
#seludup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan