awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi lelaki didakwa culik warga Palestin

Bernama
Bernama
26/10/2022
05:05 MYT
Dua lagi lelaki didakwa culik warga Palestin
Dua individu didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Dua lagi individu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
Mohd Zaidi Mohd Zain, 54, dan Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 49, mengangguk faham sebaik pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua lelaki terbabit kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara niat bersama menahan Omar Z. M. Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Mayang di sini, pada 10.40 malam, 28 Sept lepas, kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin selepas Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Aris Kamalluddin memaklumkan jaminan tidak ditawarkan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Dis ini.
Pada 5 Okt, media melaporkan polis menyelamatkan mangsa berumur 31 tahun itu sehari selepas dia diculik oleh individu yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.
Mangsa diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang dan Beranang di Selangor, serta di Melaka bermula 29 Sept hingga 4 Okt.
Mahkamah | 11 individu didakwa culik warga Palestin
Pada 14 Okt lepas, 11 individu termasuk seorang wanita didakwa di mahkamah sama atas pertuduhan menculik mangsa sama (Omar), bagi mendapatkan maklumat berkaitan perisian yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#culik warga Palestin
#maklumat perisian
#penculikan
#Omar Z M Albelbaisy Raeda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan