awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBW

Bernama
Bernama
25/09/2023
05:08 MYT
Dua lagi lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBW
Kamarul Zaman (gambar kecil) berkata dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu malam.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam.
Dengan penangkapan terbaharu itu, ia menjadikan kesemua yang ditangkap susulan insiden pergaduhan tersebut adalah empat orang setakat ini, kata beliau.
"Pihak penganjur acara DIBW 2023 juga telah dirakam percakapan semalam, manakala empat lelaki yang ditahan direman mulai hari ini sehingga Rabu ini (27 Sept).
"Perintah reman dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hayda Faridzal Abu Hassan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Kamarul Zaman dilaporkan sebagai berkata dua lelaki berusia 30 dan 50 tahun, ditahan dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan tersebut.
Beliau berkata pergaduhan kira-kira 9 malam itu dipercayai berpunca akibat salah faham antara dua kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.
Usaha sedang dijalankan untuk mengesan individu lain yang terlibat, tambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Desaru International Bike Week
#DIBW
#insiden pergaduhan
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan