awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembak Durian Tunggal: Rakaman audio dihantar ke CyberSecurity, 45 rakaman percakapan - Polis
China haramkan pemegang pintu kereta tersembunyi bermula 2027
6 termasuk kanak-kanak maut dalam insiden tembakan rambang di pantai Ecuador
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi mangsa bot karam dijumpai, jumlah maut meningkat kepada 28 orang

Bernama
Bernama
13/11/2025
13:49 MYT
Dua lagi mangsa bot karam dijumpai, jumlah maut meningkat kepada 28 orang
Romli berkata pihaknya menerima laporan daripada nelayan tempatan pada 9.39 pagi mengenai penemuan satu mayat kanak-kanak perempuan kira-kira 5.8 batu nautika dari Pulau Cupu. - Bernama
LANGKAWI: Jumlah mangsa maut susulan insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand di sini meningkat kepada 28 orang dengan penemuan dua lagi mayat hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima laporan daripada nelayan tempatan pada 9.39 pagi mengenai penemuan satu mayat kanak-kanak perempuan kira-kira 5.8 batu nautika dari Pulau Cupu.
"Susulan laporan itu, bot Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah ke lokasi untuk mengambil mayat berkenaan sebelum dibawa ke jeti Maritim Malaysia dan diserahkan kepada polis.
"Pada pukul 4.31 petang pula, kita menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan satu mayat lelaki terdampar di Pulau Beras Basah dan bot Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah mengambil mayat berkenaan sebelum diserahkan kepada polis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat 6 petang tadi, jumlah mangsa yang maut adalah seramai 28 orang iaitu 14 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
"Manakala 14 mangsa yang selamat terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita. Operasi hari ini ditangguhkan pada 7 malam dan akan disambung semula pada 7.30 pagi esok.
"Maritim Malaysia dan agensi lain akan terus mempergiat usaha pencarian bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9662750 atau talian kecemasan 999," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot karam
#mangsa korban
#sempadan Malaysia Thailand
#Maritim Malaysia
#Romli Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan