Pasukan mencari dan menyelamat menemui dua lagi mayat mangsa bot karam di Belaga, Sarawak, hari ini.

Mangsa yang ditemui ialah Adriana Rosnah, 12, dan Nur Amirsha, 4.

Mayat Adriana, ditemui pada pukul 2 petang, manakala mayat Nur Amirsha dikesan pada pukul 5 petang.

Bomba dan Penyelamat Sarawak turut menambah aset, dan operasi diperluas sehingga kawasan Punan Bah, sejam perjalanan dari lokasi kejadian.

Operasi membabitkan 65 anggota penyelamat dari pelbagai agensi dan sukarelawan.

Seorang lagi mangsa yang masih hilang ialah Sumitasen Thomas, 15.

Mereka sebahagian daripada sembilan penumpang bot panjang yang karam di Long Buyun.

Dalam kejadian 8.30 malam Rabu itu, empat penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia empat tahun hilang manakala lima lagi sempat diselamatkan.