awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu

Bernama
Bernama
30/06/2019
13:03 MYT
Dua lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu Kuala Berang menerima kemasukan 17 pesakit Orang Asli dengan 12 daripadanya disahkan positif campak, dua negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan makmal. - Gambar fail
Dua lagi pesakit Orang Asli dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang semalam, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohd Jusoh.
Beliau berkata dua pesakit perempuan yang berasal dari Kampung Sungai Berua itu masing-masing berumur 18 dan 39 tahun serta pernah mempunyai sejarah kontak dengan seorang lagi pesakit Orang Asli yang disahkan positif campak (Measles) sebelum ini.
"Kedua-dua mereka datang sendiri ke Hospital Hulu Terengganu setelah demam dan batuk.
"Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Orang Asli yang sedang mendapatkan rawatan di hospital itu seramai lima iaitu empat perempuan dan seorang lelaki. Kesemua mereka dilaporkan stabil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak 12 Jun, Hospital Hulu Terengganu menerima kemasukan 17 pesakit Orang Asli dengan 12 daripadanya disahkan positif campak, dua negatif dan tiga lagi masih menunggu keputusan makmal. Seramai 12 pesakit dibenar pulang secara berperingkat mulai 20 Jun.
BACA: Seorang lagi Orang Asli Sungai Berua dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu
TONTON: Lagi Orang Asli di Terengganu dimasukkan ke hospital
Terengganu mempunyai empat perkampungan Orang Asli di tiga daerah iaitu dua di Hulu Terengganu manakala yang lainnya di Besut dan Kemaman.
Dr Mohd berkata setakat ini, aktiviti survelan dan pengesanan kes secara aktif di perkampungan Orang Asli di Hulu Terengganu telah dilakukan terhadap 493 orang dan akan terus dijalankan dari masa ke semasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#batuk
#demam
#demam campak
#Hospital Hulu Terengganu
#Kampung Sungai Berua
#kesihatan
#Kuala Berang
#measles
#Mohd Jusoh
#Orang Asli
#perkampungan Orang Asli
#pesakit
#sejarah kontak
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan