awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua laluan 'hitam', undang maut musim perayaan di Melaka - Polis

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
24/04/2022
07:50 MYT
Dua laluan 'hitam', undang maut musim perayaan di Melaka - Polis
Mohamad Zaki menyampaikan cenderamata kepada seorang penghantar makanan sempena Program Jelajah Op Selamat 18 dan Program "Go To Safety Point" (GTSP) di Semabok hari ini. - Foto BERNAMA
MELAKA: Polis Melaka mengenal pasti dua laluan utama di negeri itu sebagai kawasan 'hitam' yang sering berlaku kemalangan setiap kali musim perayaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superitendan Mohamad Zaki Omar berkata, dua laluan terbabit ialah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dan Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA).
Ia susulan lokasi berkenaan menunjukkan peningkatan kemalangan maut dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
“Dalam tempoh tiga bulan tahun ini terawal kita dapati ada peningkatan kemalangan maut kalau sebelum ini dua tahun dalam COVID kita kurang, tetapi tiga bulan pertama ini agak menunjukkan peningkatan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas program jelajah Op Selamat Zon Selatan di Semabok, Melaka hari ini.
Menurutnya, sebanyak 48 kemalangan maut dicatatkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Pihaknya menjangkakan bilangan kenderaan akan bertambah menjelang hari raya Aidilfitri ini.
Bermula 29 April ini katanya, lebih 120,000 kenderaan dijangka memasuki Melaka sempena hari raya Aidilfitri.
Ujar beliau, bilangan itu termasuk sebahagian besar golongan perantau yang tidak dapat pulang ke kampung sejak dua tahun lalu.
Dalam pada itu, tambahnya semua kenderaan berat dilarang berada di atas jalan raya bermula 30 April hingga 8 Mei ini kecuali yang membawa makanan, bahan api dan perubatan.
Beliau turut memberi jaminan polis tidak akan membuat Sekatan Jalan Raya (SJR), sepanjang musim perayaan ini bagi mengelakkan kesesakan.
Topic Berkaitan
#laluan maut
#Polis Melaka
#Aidilfitri
#Sekatan Jalan Raya
#kemalangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan