awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco

Sinar Harian
Sinar Harian
10/05/2022
03:10 MYT
Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco
Seorang HO memberitahu telah terima layanan tidak sepatutnya daripada doktor pakar yang melatihnya. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Terdapat dua laporan diterima berhubung kes doktor pelatih (HO) dibuli di dua buah hospital di Negeri Sembilan.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan pada bulan Mac dan April lalu.
"Seorang HO memberitahu telah terima layanan tidak sepatutnya daripada doktor pakar yang melatihnya sehingga menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti kerana alami tekanan emosi.
"Seorang lagi HO mendakwa doktor mentornya memberi penilaian tidak adil terhadap kerjanya yang dipercayai disebabkan ada isu komunikasi dan masalah peribadi antara mereka," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah diminta melakukan siasatan lanjut dan jika benar wujud elemen buli terhadap kedua-dua HO terbabit tindakan boleh diambil.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada lagi kes terbabit yang tidak dilaporkan.
"Sehubungan itu mana-mana doktor pelatih yang merasakan mereka menjadi mangsa buli diminta membuat aduan kepada pihak sepatutnya supaya siasatan lanjut boleh dilakukan.
"Tidak sepatutnya budaya buli wujud dalam bidang perubatan kita dan mengajar atau melatih bukan lesen untuk membuli, mereka sepatutnya bersikap lebih profesional," katanya.
Sehubungan itu beliau mencadangkan satu badan bebas diwujudkan di setiap hospital khusus bagi membuat penilaian terhadap HO sekali gus dapat mengelakkan konflik.
Media sebelum ini melaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan bertindak bebas bagi menyiasat kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) bulan lalu.
BACA: Polis akan rekod keterangan ahli keluarga doktor pelatih di HPP maut
BACA: Kematian doktor pelatih HPP: KKM tubuh 'taskforce', siasat budaya buli - Khairy
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan berkenaan juga akan menyiasat dakwaan berlakunya budaya buli terhadap doktor pelatih yang berlaku di dalam hospital.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#mangsa buli
#Kementerian Kesihatan
#doktor pelatih
#Hospital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan