awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ByteDance dijangka belanja AS$14 bilion untuk cip AI NVIDIA H200
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA terima reaksi positif, pergerakan penumpang semakin lancar
Mangsa banjir di Johor meningkat, Sarawak berkurangan pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki bergelang merah jambu kunjungi pejabat LHDN dikompaun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
11/08/2020
11:21 MYT
Dua lelaki bergelang merah jambu kunjungi pejabat LHDN dikompaun
Pegawai dan anggota pasukan keselamatan mengadakan pemeriksaan dan mengawal pintu masuk bangunan LHDN cawangan Kangar pada Selasa. - Gambar Astro AWANI
Dua lelaki dikompaun selepas ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) di Kampung Kuala Sanglang, di sini.
Dalam kejadian sekitar pukul 11.30 pagi tadi, masing-masing yang berusia 47 dan 60 tahun dikesan oleh orang ramai memakai gelang merah jambu ketika mengunjungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kangar.
Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, pihaknya dimaklumkan mengenai kehadiran dua lelaki terbabit selepas dihubungi oleh orang awam yang berada di pejabat berkenaan.
Pihak polis kemudiannya, jelas Kiew, bergegas ke pejabat agensi terbabit dan membawa pulang suspek yang bekerja sebagai petani ke kawasan TEMCO.
Kata beliau, sebaik tiba di pejabat LHDN itu, polis mendapati gelang merah jambu yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih dipakai oleh kedua-dua lelaki berkenaan.
Kedua-dua lelaki itu, ujar Kiew, sepatutnya berada di rumah seperti mana yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kerana mereka berasal dari kawasan yang diperintahkan menjalani perintah kuarantin di rumah (HIO).
Berikutan itu, Kiew berkata, PDRM boleh mengambil dua tindakan ke atas mereka iaitu yang pertama di bawah Kanun Keseksaan di bawah Seksyen 270 yang membolehkan mereka ditangkap, direman serta dituduh di mahkamah.
Sementara satu lagi dakwaan di bawah Akta Pencegahan dan Penyakit Berjangkit di bawah Seksyen 14 dan 15 .
Namun begitu beliau memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan perintah pengasingan dirumah serta diberi jaminan polis.
Bagaimanapun, tegas Kiew, sekiranya mengulangi kesalahan, mereka akan ditahan.
Sementara itu, tinjauan ke bangunan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi mendapati pintu pagar masuk agensi tersebut telah ditutup dan orang awam tidak dibenarkan masuk.
Topic Berkaitan
#dua lelaki dikompaun
#Gelang merah jambu
#Kangar
#Kementerian Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan