awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua lelaki cemas terperangkap di ruangan mesin ATM bank di Mersing

Bernama
Bernama
02/04/2023
10:07 MYT
Dua lelaki cemas terperangkap di ruangan mesin ATM bank di Mersing
Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira setengah jam di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank, tengah malam tadi. - Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing
MERSING: Dua lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap kira-kira setengah jam di ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank, di sini tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.10 tengah malam selepas pintu automatik (roller shutter) bank berkenaan tertutup.
Beliau berkata susulan itu, Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu menyelamatkan mangsa.
"Bagaimanapun, pintu itu telah dibuka oleh kakitangan bank berkenaan kira-kira 30 minit kemudian dan kedua-dua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Abdul Razak turut menasihati orang ramai agar peka dan mematuhi notis yang dikeluarkan oleh mana-mana institusi perbankan mengenai waktu operasi dan amaran mengenai tempoh masa pintu yang ditutup secara automatik.
Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 18 saat dalam media sosial yang memaparkan dua lelaki terperangkap di dalam bank berkenaan dengan kehadiran beberapa anggota polis dan JBPM di pekarangan bank itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terperangkap
#ruangan mesin ATM
#bank
#Polis Daerah Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan